TIDAK semua anak membesar dalam suasana selesa meskipun datang daripada keluarga berkemampuan seeperti dihadapi seorang gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.Baginya, kehidupan harian dipenuhi cabaran apabila terpaksa belajar dalam persekitaran yang dianggap tidak kondusif, selain berdepan tekanan emosi semakin membebankan. Menurut anak tunggal perempuan daripada lima beradik itu, dia tidak pernah menikmati kemudahan asas seperti ruang peribadi untuk belajar atau berehat meskipun bapanya memiliki kedudukan kewangan kukuh."Memang semua akan fikir, saya ini akan dapat princess treatment (layanan istimewa) tapi realitinya tak pun. Saya kena layan macam gelandangan. Saya tak ada bilik sendiri pun macam adik-beradik saya yang lain.Setiap anak berhak untuk menerima layanan sama rata. -Gambar hiasan AI"Yang ada pun buat jadi bilik stor. Bayangkan la dekat mana saya nak pakai baju semua. Ayah saya pula memang ketagih dengan merokok sampai hisap rokok dalam rumah, tandas dan semua tempat. Memang berbau."Masalahnya ayah saya ini kaya gila tapi tu la tak tahu apa yang difikirkan. Memang tak tahu nak urus anak macam mana. Saya sudah la SPM tahun ni, nak study pun tak tenang bilik tak ada," ujarnya.Menurut remaja itu, dia juga tidak pernah berkongsi masalah tersebut dengan rakan-rakan kerana merasakan tiada siapa mampu membantu mengubah keadaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM gagal dapat biasiswa, ibu bapa langsung buat tak peduli persiapan masuk universiti - “Baju pun belum beli lagi”ARTIKEL BERKAITAN: Anak bujang nak SPM liat ulang kaji, ibu pula ‘separuh mati’ hadap buku - “Duduk sebelah baru nak belajar”Malah, dia mengakui pernah memasang impian untuk tinggal di asrama semata-mata mahu keluar daripada persekitaran menyesakkan, namun peluang itu tidak kesampaian."SPM pun tak tahu la saya boleh dapat straight As ke tak, nak study pun cepat hilang mood dah. Aku nak masuk asrama sangat-sangat, biarlah kena buli pun janji tak duduk rumah ni tapi dah terlambat."Kami tak ada rumah sendiri cuma tinggal dekat rumah nenek dan mesti la rumah jenis kayu jadi memang suhu panas gila. Saya lepas mandi, keluar je dah berpeluh semula. Remaja perempuan luah tekanan menjelang SPM kerana tiada bilik sendiri untuk belajar di rumah.Dia berasa terabai apabila terpaksa hidup dalam rumah yang dipenuhi asap rokok.Meskipun bapanya berkemampuan, gadis itu mendakwa tidak menikmati ruang peribadi yang selesa.Pernah berangan tinggal di asrama, dia mahu keluar daripada persekitaran rumah yang menyesakkan.Walaupun berdepan kesukaran, remaja itu tetap bersyukur dan menganggapnya sebagai ujian Tuhan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sumpah wey, kadang saya ni boleh jadi sakit mental dah. Paru-paru dan otak saya nak pakai lama ni. Tempat yang saya boleh menangis pun dalam tandas, dah tu nak menangis dekat mana lagi kan," katanya.Walaupun terabai dari segi keperluan emosi dan ruang hidup yang selesa, dia tetap bersyukur kerana ibu bapanya mampu menyediakan keperluan lain serta percaya setiap ujian mempunyai hikmah tersendiri."Susah hidup dalam kehidupan yang macam ini, lagi-lagi saya satu-satunya anak perempuan. Kalau jadi lelaki tak apa la juga tak ada bilik pun tapi ada kalanya saya bersyukur."Masih ada juga ibu bapa yang berkemampuan boleh beli itu dan ini. Tapi dengan Allah uji saya ni, saya rasa dekat sangat dengan Dia," ujarnya lagi.