suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak bujang nak SPM liat ulang kaji, ibu pula ‘separuh mati’ hadap buku - “Duduk sebelah baru nak belajar”

Setiap ibu pasti berasa bimbang apabila anaknya mengabaikan pelajaran. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa buntu apabila anak lelakinya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini, disifatkan sebagai malas belajar.

Meluahkan kebimbangan, ujar wanita ini, anaknya hanya akan mengulang kaji pelajaran atau belajar apabila dia berada duduk di sebelah.

"Anak lelaki nak SPM tahun ni, tapi dia punya malas nak belajar tu... masyaAllah, langsung tak sentuh buku.

"Saya selalu duduk sebelah dia untuk belajar bersama-sama, kalau tak, dia tidak akan belajar," luahnya di Threads.

Golongan ibu memanikan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. -Gambar hiasan

Golongan ibu memanikan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. -Gambar hiasan

Meskipun bersyukur kerana anaknya masih belajar apabila diteman, namun dia mengakui kepenatan untuk melakukannya setiap hari.

"Memang dia belajar tapi sayalah yang energy drain," luahnya yang buntu dengan sikap tidak bertanggungjawab anaknya itu.

Turut mengambil langkah drastik, ujarnya, dia sudah menarik balik hak kebebasan bermain permainan video dengan menyimpan komputer riba.

  • Ibu buntu anak lelaki bakal SPM malas belajar.
  • Hanya belajar jika ibu duduk belajar bersama.
  • Komputer riba disimpan, akses media sosial dihadkan.
  • Kaunseling dan pelbagai usaha masih tidak berkesan.
  • Netizen cadang cari mentor dan bantu tetapkan hala tuju kerjaya.

Tidak hanya itu, waktu melayari media sosial juga dihadkan bagi memastikan si bujang berusia 17 tahun itu memberi perhatian penuh dalam pelajaran.

"Sesi meluah setiap hari, kaunseling pun sudah dan dia buat apa yang saya suruh.

"Cuma bab belajar yang bermasalah," adunya sambil tertanya-tanya sama ada pendekatan digunakan tidak sesuai sehingga menyebabkan anaknya terus bersikap sambil lewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM gagal dapat biasiswa, ibu bapa langsung buat tak peduli persiapan masuk universiti - “Baju pun belum beli lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak aku mula malas belajar” - Ibu bapa merungut sistem kelas campur, murid bijak jadi ‘slow’ terpengaruh rakan lemah akademik

Warganet turut memberikan pandangan serta cadangan mengenai cara menangani ketagihan gajet dan meningkatkan motivasi anak menjelang peperiksaan penting itu.

"Ada seorang ibu ni, dia bawa anaknya buat kerja sekolah di indoor playground.

"Kena cari orang yang dia hormat dan dengar kata selain mak ayah untuk beri motivasi.

"Mungkin kena tahu dia punya hala tuju kerjaya dan selitkan tentang belanja bulanan supaya dia sedar tentang kos sara hidup," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain