NIAT seorang wanita beriktikaf selama dua malam di sebuah masjid sebelum pulang ke kampung sempena Aidiladha bertukar menjadi pengalaman tidak akan dilupakan.Ceritanya, pada awalnya dia meminta izin untuk beriktikaf sebelum bertemu dengan seorang warga emas yang sedang bertugas di masjid tidak dinyatakan lokasinya. Pada awalnya, lelaki berkenaan kurang senang dengan hasratnya bermalam di masjid kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini memandangkan dia bersendirian.Namun tanpa diduga, lelaki itu menawarkan sebuah rumah inap (homestay) miliknya yang terletak berhadapan masjid secara percuma.Masjid sering menjadi pilihan ramai untuk beribadah dan menenangkan diri. -Gambar hiasan"Saya minta izin nak beriktikaf dekat masjid dua malam. Kemudian dia berat hati nak bagi sebab saya perempuan. Risau takut apa-apa jadi."Tanpa dijangka, dia bagi saya duduk dekat homestay secara percuma dekat depan masjid. Pakcik tu cakap tak apa, dia ikhlas tolong orang bermusafir dekat sini," ceritanya di Threads.Wanita itu mengakui layanan diterima membuatkan dia pada mulanya tertanya-tanya sama ada lelaki tersebut benar-benar ikhlas kerana terlalu mengambil berat tentang kebajikannya.Katanya, lelaki berkenaan menjaga makan minumnya dengan baik sehingga membuatkan dia berasa seperti sedang dijaga oleh ahli keluarga sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Datang masjid pun jarang, warga emas suka-suka lepuk kepala budak... Pemuda terus ‘sound’ geram perangai tak sepadan umurARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditegur kasar ‘pengerusi’ masjid, malu ramai mata memandang... Langsung tak minta maaf selepas serkap jarangNamun di sebalik layanan baik dan sikap pemurah yang ditunjukkan, lelaki itu rupa-rupanya menyimpan kisah duka."Saya terfikir betul ke pakcik ini ikhlas tolong saya. Makan minum saya pun dia jaga macam anak dia. Saya ada berborak dengan pakcik, dia cakap anak kedua dia sudah meninggal dua tahun lalu."Siapa sangka orang yang senyum tenang rupanya pernah diuji sebegitu. Kuat betul pakcik tu. Semoga pakcik selalu dimurahkan rezeki sebab banyak tolong orang," luahnya dalam hantaran itu.Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pandangan mereka mengenai kisah yang disampaikan wanita ini mengenai tindakannya untuk melakukan kebaikan di masjid.Wanita terima homestay percuma ketika mahu beriktikaf di masjid.Pakcik bantu urus keperluan dan belanja makan sepanjang berada di situ.Layanan baik diterima membuatkan wanita itu berasa terharu.Lelaki berkenaan rupa-rupanya pernah kehilangan anak dua tahun lalu.Netizen memuji keikhlasan dan kebaikan pak cik tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau nak buat baik memang Allah SWT bantu."Mungkin dia teringatkan anaknya apabila melihat awak. Nampak dia seorang yang baik," tulis beberapa netizen.Untuk makluman, iktikaf ialah amalan berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun amat digalakkan pada bulan Ramadan khususnya pada 10 malam terakhir.