PEMBAYARAN tunai ketika barang diterima atau cash on delivery (COD) sepatutnya memudahkan tetapi banyak cerita kurang enak terpaksa ditanggung penghantar barang.Pelbagai salah faham antara pelanggan dan penghantar barang berlaku terutama apabila melibatkan proses pembayaran. Sering kali berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bayaran, seorang penghantar barang tampil meluahkan keluhannya di media sosial dengan sikap sesetengah pelanggan.Katanya, kepercayaan kurier meletakkan barang tanpa dibuat pembayaran terlebih dahulu sering disalah guna sehingga mereka pula dianggap macam pengemis.Ratusan barang pelanggan perlu dihantar setiap hari. -Gambar hiasan"Salah ke aku call atau chat pelanggan yang beli COD ini, minta bayar duit COD selepas aku sudah habis kerja? Salah ke?"Dia siap suruh aku tak payah dah hantar (barang dibeli) ke rumah dia, entahlah nak kata macam mana."Padahal aku hantar barang dalam keadaan elok, siap letak dalam rumah," luahnya seperti dikongsikan seorang pengguna Threads.Lebih mengejutkan apabila dia turut mendakwa pelanggan terbabit menyatakan tidak menyukai dengan servis yang dilakukannya.Kurier luah kecewa sukar dapat bayaran daripada pelanggan COD.Dakwa dimarahi pelanggan walaupun barang dihantar dalam keadaan baik.Pelanggan dikatakan pertikai cara servis dan prosedur penghantaran.Kurier akui tinggalkan barang dahulu kerana percaya pelanggan akan bayar.Netizen simpati, ada cadang sistem COD dimansuhkan sepenuhnya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia boleh cakap yang dia tak suka cara servis aku, korang yang beli secara COD ni tahu tak prosedur syarikat macam mana?"Pelanggan dah bayar barulah boleh letak barang," ujarnya menjelaskan kaedah sebenar konsep pembayaran tunai ketika menerima barang tersebut.Justeru, dia berharap agar pelanggan yang menggunakan kaedah COD supaya tidak menangguhkan urusan pembayaran yang sepatutnya walau ingin menggunakan transaksi atas talian.ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier bongkar taktik licik pelanggan kaki ‘return’, pulangkan kotak kosong nak untung atas anginARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier merungut, minta hapus kaedah COD... Geram pembeli banyak songeh! - “Aku nak balik cepat”"Kuli macam aku ini percaya dekat kamu, kamu dan kamu semua, tolonglah jangan heret masa nak buat online transfer tu, tak susah pun kan."Faham ada duit, duduk rumah besar tapi janganlah pandang kuli macam saya ini hina sangat," luahnya sayu.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib kurier terbabit.Reaksi netizen.Tidak kurang juga yang berharap sistem pembayaran tunai ketika barang diterima yang menjadi trend masa kini, dihapuskan sepenuhnya."Rasanya COD ni dah kena batalkan sebab menyusahkan dan membebankan banyak pihak."Jenis miskin tapi nak beli macam-macam sebab itu guna COD."Suami aku baru kena semalam, pelanggan melenting siap cakap jangan menekan-nekan," demikian reaksi netizen.