SERING menjadi sasaran kemarahan dan sikap baran bapa sejak kecil membuatkan wanita ini hidup dalam keadaan trauma.Imbaunya, antara insiden sukar dilupakan ketika dia berada di Tahun Dua apabila dia teruk dimarahi bapanya gara-gara bertengkar dengan kakaknya mengenai stoking sebelum ke sekolah. Katanya, masih jelas dalam ingatan dia dicekik bapanya sehingga badannya terangkat dan masih merasai kesakitan dialami."Saya menjerit sebab kakak ambil stoking saya dan tapi dia tak mengaku. Ayah dengar saya menjerit, terus bangun dan hempas pintu dengan kuat."Saya lari ke dapur dan menyorok di belakang mak. Mak cuba halang tetapi ayah tolak mak dengan kuat.Ibu bapa tidak sepatutnya mendidik anak-anak dengan kekerasan. -Gambar hiasan"Terus dia cekik sampai badan saya ikut naik sekali. Masa itu saya darjah dua, berat badan cuma 16 kilogram," kongsinya di Threads.Disebabkan sikap baran bapanya, setiap kejadian kecil seperti kepala adiknya terhantuk pada laci dan menangis pada waktu malam menjadi mimpi ngeri buatnya. Segar dalam ingatan, bapanya terjaga daripada tidur terus membaling sebuah bekas ke arahnya sehingga terkena pada kepala."Adik terus diam dan cakap bukan... kakak tak buat apa-apa pun. Ayah cakap bodoh! Adik sendiri tak reti nak jaga? Terus masuk bilik hentak kaki," ujarnya.Tidak terhenti di situ, dia mendakwa pernah dipukul menggunakan payung selepas berlaku pertengkaran kecil dengan kakaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa minum air cili, diarah berdiri bogel dalam kelas... Bapa segera lapor polis anak didera guru taskaARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup lempang, hempas pula dalam kereta! Bapa didakwa ‘ajar’ anak kecil cukup-cukup sebab nakalKatanya, ketika itu dia tidak menyedari bapanya mendengar pertelingkahan tersebut sebelum lelaki berkenaan bertindak memukulnya menggunakan payung sehingga patah.Paling menyedihkan, dia pernah ditampar ketika sambutan Aidilfitri dihadapan saudara-mara yang membuatkan dia berasa malu.Menurutnya, insiden itu tercetus selepas dia mencubit adiknya sehingga kanak-kanak tersebut menangis gara-gara sebuah telefon bimbit."Adik saya menangis, lari keluar daripada bilik. Ayah terus panggil saya pergi dekat depan suruh cerita apa terjadi."Saya tak habis cerita, terus kena tampar! Kuat sangat. Pipi saya merah dan terasa pedih," katanya.Wanita kongsi trauma jadi mangsa kemarahan ayah sejak kecil.Kenangan pahit dibesarkan dalam suasana penuh ketakutan.Dicekik, dipukul dan ditampar, pengalaman zaman kanak-kanak masih menghantui.Perkongsian wanita mengenai layanan diterimanya daripada ayah mengundang simpati warga maya.Netizen sifatkan pengalaman dilaluinya sebagai tidak normal dan meninggalkan kesan emosi mendalam.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang meluahkan rasa simpati terhadap pengalaman dilaluinya.Ramai menyifatkan layanan diterimanya ketika kecil sebagai sesuatu yang tidak normal untuk dilalui seorang kanak-kanak."Jahatnya ayah awak, nampak sangat dia seorang yang pilih kasih."Apa yang jadi dekat awak tidak normal dan kesannya membawa sampai ke besar. Harap awak dapat cari seseorang untuk pulihkan trauma," antara komen warganet.