Segelintir individu melakukan proses pengangkatan bagi memastikan anak saudaranya terjaga. -Gambar hiasan AI
TIDAK semua wanita mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu sehingga anak yang dilahirkan terpaksa dijaga oleh orang lain.Seperti kisah wanita ini, dia membesarkan anak saudaranya sejak kecil di kampung sehinggakan kanak-kanak tersebut enggan pulang ke rumah ibu kandung di Kuala Lumpur. Ujarnya, dia menjaga kanak-kanak tersebut seperti zuriat sendiri malah segala keperluan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.Namun apa melukakan hatinya, anak saudaranya itu 'dirampas' tanpa belas kasihan walaupun sedar dia bukan ibu kandung."Aku macam geram sikit sebab aku sponsor anak buah aku macam anak sendiri. Setiap kali cuti sekolah memang aku bayar tiket, hotel, makan dia, fully sponsor. Pertengkaran antara adik-beradik lazimnya berlaku kerana perselisihan pendapat. -Gambar hiasan AI"Trip dia nak balik kampung dari Kuala Lumpur pun aku bayar, hantar semula balik rumah dia pun kerja aku. School supplies? Aku belikan."Kemudian semalam nenek kami meninggal dunia, mak dia datang nak bawa dia balik macam tu je dengan tak bertegur sapa atau bersalam," luahnya di Threads.Situasi yang berlaku itu menyebabkan anak saudaranya menangis teresak-esak kerana tidak mahu pulang bersama ibunya.Melihatkan keadaan tersebut, dia kemudian meminta izin supaya kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dapat tinggal selama beberapa hari di kampung halaman.Wanita dakwa menjaga dan menanggung keperluan anak saudara sejak kecil.Terkilan apabila ibu kanak-kanak itu membawanya pulang tanpa berbincang.Anak saudara menangis dan enggan pulang bersama ibu kandung.Dakwa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sering ditengking serta dimarahi bapa tiri.Netizen bimbang soal keselamatan kanak-kanak, gesa tindakan jika berlaku penderaan.Ringkasan ini dijana oleh AINamun apa lebih mengejutkan, kanak-kanak itu enggan mengikut ibunya pulang kerana takut dengan bapa tirinya."Masa one-to-one dengan anak buah, aku dapat tahu yang dia asyik kena tengking dan marah dengan bapa tiri."Aku takut nak hantar dia balik sebab dia cakap bapa tiri dia pernah marah dia sambil hentak meja, pintu hancur."Macam mana aku nak selamatkan dia? Aku tiada hak ke atas dia walaupun aku jaga dia dari kecil," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jaga ibu sakit, 'resign' demi urus adik sekolah sampai jadi bujang terlajak... Akhirnya abang raih pujian - "Buang masa aku berkorban"ARTIKEL BERKAITAN: Anak seorang pun terabai, kakak gatal nak beranak lagi! Adik tak kasi muka, suruh belajar pikul tanggungjawab duluPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut meluahkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.Tidak kurang juga yang memberi beberapa cadangan dan pandangan bagi membantu menangani keganasan terhadap kanak-kanak terbabit."Tahu kat mana rumah mereka? Ambil nombor jiran dan pesan supaya lapor polis kalau bising lagi."Bapa tiri ni tak boleh percaya sangat, bukan darah daging dia pun," demikian reaksi netizen.