SEORANG anak menjadi saksi hidup penderitaan ditanggung ibunya selama bertahun-tahun akibat sikap bapanya yang didakwa gagal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Menurut individu berkenaan, ibunya terpaksa menanggung hampir keseluruhan perbelanjaan rumah tangga termasuk bayaran ansuran kenderaan. Manakala bapanya pula lebih banyak meluangkan masa dengan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hanya dibayar elaun bulanan sekitar RM600."Penat tengok mak saya merana dengan perangai ayah. Mak saya tanggung semua keperluan kami sekeluarga daripada bayaran bulanan kereta sampailah barang rumah.Suami sepatutnya menggalas tanggunjawab menjaga kebajikan keluarga. -Gambar hiasan AI"Ayah cuma duduk goyang kaki, sibukkan diri dengan NGO yang bukannya dapat gaji. Dia boleh pula cakap yang elaun RM600 tu cukup."Memang la bagi dia rasa jumlah itu cukup sebab tanggung diri sendiri je. Dia hanya guna duit belanja beli rokok setiap hari," cerita wanita itu di Threads.Apa lebih menyedihkan, dia mendakwa bapanya pernah berlaku curang sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan ibunya sering menangis dan menanggung tekanan emosi berpanjangan.Anak itu mengakui sering terdetik untuk membantu meringankan beban ibunya, namun hasrat tersebut terbatas kerana dia masih bergelar pelajar.ARTIKEL BERKAITAN: Dendam isteri minta cerai, lelaki durjana puaskan nafsu serakah sebelum jerut anak tiri 16 tahun guna kabel telefonARTIKEL BERKAITAN: Ibu 3 kali kantoi curang sampai bapa masuk wad mental, remaja 14 tahun luah derita - "Hancur hati terbaca chat mak""Ayah saya sudahlah perangai buruk, lagi buruk bila curang dengan mak saya dekat tiga hali. Saya sudah penat tengok mak sendiri menangis."Tangga gaji mak T20 pun tak dapat rasa sebab kena tanggung keluarga sendiri. Saya selalu rasa nak tolong mak mudahkan urusan dia tapi saya masih seorang pelajar."Mak cakap dia tunggu saya habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ni. Dia nak naik mahkamah untuk berpisah tapi tak tahulah," ujarnya lagi.Warga maya rata-ratanya bersimpati dengan nasib ibu pengadu, selain menggesa wanita itu mempertimbangkan masa depan dan kebahagiaan diri selepas sekian lama berdepan situasi berkenaan.Anak sedih lihat ibu tanggung keluarga seorang diri.Luahan pelajar mengenai penderitaan ibu raih simpati netizen.Kecewa dengan sikap bapa, anak nekad luah perasaan.Ibu didakwa tanggung beban rumah tangga bertahun-tahun.Anak terkilan tidak mampu bantu ibu kerana masih belajar.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, terdapat juga netizen yang menasihatkan anak itu agar terus memberikan sokongan kepada ibunya dan berkomunikasi dengan baik memandangkan lelaki berkenaan tetap merupakan bapanya."Adik, kalau mak awak masih boleh bertahan dengan perangai bapa awak, bagi la sokongan pada dia. Dia sayang ayah awak tu. Baik atau buruk, dia tetap ayah awak. Berbincang la dengan baik."Awak kena tanya ibu bawak, sampai bila dia nak rasa sakit hati macam ni. Benda boleh ubah. Benda boleh 'buang'," komen sebahagian netizen pada hantaran berkenaan.