suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita gempal tebal muka jatuh tertiarap depan restoran... Makanan bersepah, sedih tiada siapa datang tolong - “Orang gelakkan adalah”

Tidak semua wanita berbadan gempal dapat layanan istimewa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi kisah yang menimpa rakannya apabila terjatuh di sebuah restoran makanan segera ketika mahu pulang setelah membeli makanan selepas waktu kerja.

Menurutnya, rakannya yang mempunyai berat badan 108 kilogram dengan berketinggian 155 sentimeter ketika itu turut membawa beberapa barangan termasuk beg berisi komputer riba, beg galas dan beg tangan.

Sebaik keluar dari restoran berkenaan, rakannya dikatakan tidak menyedari papan tanda amaran lantai licin yang diletakkan pekerja pembersihan sebelum tergelincir lalu terjatuh dalam keadaan tertiarap.

Tidak semua wanita berbadan gempal menerima layanan buruk daripada masyarakat. -Gambar hiasan AI

"Dia naik skuter jadi dia terpaksa angkut semua barang bersama makanan. Dia pula jenis jalan laju, semua benda nak cepat. Masa tu la dia tergelincir sebab licin gila lantai tu.

"Bersepah makanan dia jatuh dekat lantai. Laptop terhempas, backpack dia yang berat lagi. Boleh bayang tak sakit macam mana," cerita wanita itu mengenangkan nasib rakannya.

Bagaimanapun, apa lebih mengecewakannya tiada seorang pun individu yang berada berhampiran tampil menghulurkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpurdah mengaku suka tenung gadis cantik, 'free hair'... Beli baju lawa-lawa tapi cuma pakai di rumah

Malah, dia turut mendakwa terdapat individu yang mentertawakan rakannya ketika wanita itu cuba bangun dan mengutip semula barangan yang bertaburan.

"Ada je ramai orang yang lalu lalang dekat tepi dia masa tu, kebanyakan lelaki. Tak ada seorang pun nak tolong dia.

"Perlahan-lahan dia bangun, makan masa juga katanya. Kutip semula benda yang jatuh tadi tanpa bantuan orang lain. Orang gelakkan dia lagi adalah," ujarnya lagi.

  • Wanita kongsi nasib rakan tergelincir di restoran makanan segera.
  • Makanan dan barang bawaan bertaburan selepas terjatuh.
  • Rakannya didakwa tidak dibantu orang sekeliling.
  • Ada individu dipercayai mentertawakan mangsa.
  • Netizen kaitkan kejadian dengan isu 'beauty privilege'.

Di ruangan komen, ada netizen mengaitkan kejadian itu dengan isu beauty privilege atau layanan berbeza berdasarkan penampilan fizikal seseorang.

"Kalau perempuan kurus dan cantik jatuh, ramai lelaki berebut nak tolong. Beauty privilege.

"Alamak saya pun gemuk dengan ketinggian 152 sentimeter. Ramai je tolong saya masa jatuh. Kenapa la orang jatuh tak nak tolong. Kesian dia dengan banyak barang lagi," komen beberapa netizen.

Artikel Lain