DETIK yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar pahit buat wanita ini apabila majlis pertunangannya terpaksa dibatalkan selepas teman lelakinya tidak memunculkan diri. Perkara itu dikongsikan sepupunya menerusi Threads, menceritakan bagaimana mereka sekeluarga menunggu ketibaan rombongan dari Johor Bahru sejak pagi. Namun, sepupunya itu terpaksa menanggung malu apabila rombongan lelaki yang dinanti-nantikan masih tidak tiba sehingga lewat petang."Kalau rasa belum bersedia nak kahwin, jangan mainkan perasaan orang. Hari ini sepatutnya cousin saya bertunang, tapi lelaki itu tak datang," tulisnya.Ramai pasangan memilih untuk bertunang sebelum bernikah. -Gambar hiasanMenurut wanita berkenaan, ahli keluarga sudah membuat pelbagai persiapan termasuk mengadakan majlis tahlil sebelum ketibaan rombongan pihak keluarga lelaki.Bagaimanapun, selepas dihubungi, pihak lelaki memberikan alasan berlaku masalah tayar pancit dan mereka perlu menunggu sehingga kenderaan itu siap dibaiki sebelum meneruskan perjalanan."Katanya sudah bertolak dari Subuh dari Johor Bahru. Kami sekeluarga dah siap buat tahlil tapi rombongan lelaki tak sampai lagi."Bila tanya melalui WhatsApp, bagi alasan tayar pancit la, nak tunggu kereta siap baru semua boleh gerak sekali. Tapi tunggu sampai pukul 5 petang tetap tak muncul.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Johor batal tunang saat akhir sebab banjir! GF dah siap mekap malu keluar bilik, majlis bertukar doa selamatARTIKEL BERKAITAN: Dua kali gagal di fasa pertunangan, pemuda meratap nasib malang... Tak tahu apa nak buat dengan 2 cincin dah dibeli"Akhirnya kami satu keluarga fed up tunggu, bungkus semua dan mengemas. Makcik saya tanggung malu, sepupu saya pun sampai trauma," ceritanya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut mempersoalkan alasan diberikan oleh pihak lelaki."Takkan semua rombongan tunggu kereta yang tayarnya pancit. Sekurang-kurangnya hantar wakil dahulu. Nampak betul menipu, nak aniaya orang."Sampai hati lelaki tu tak hubungi ke kenapa tak datang. Semoga sepupu awak dipermudahkan urusan dan dapat pengganti lebih baik.Majlis pertunangan gagal berlangsung selepas bakal tunang tidak muncul.Keluarga menunggu rombongan lelaki sejak pagi hingga petang.Alasan tayar pancit diberikan selepas ketibaan mereka tertangguh.Bakal tunang perempuan dikatakan trauma dan menanggung malu.Netizen mempertikaikan alasan lelaki serta bersimpati dengan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lelaki tu memang senyap je ke sampai sekarang? Macam tak logik tayar pancit. Tayar pancit tak ada la seharian nak tukar," komen beberapa netizen.Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu mendakwa lelaki terbabit ada menghubungi keluarga mereka dan memaklumkan kejadian tersebut berlaku di kawasan Ayer Keroh, Melaka.Menurutnya, alasan diberikan adalah rombongan berkenaan tidak mahu meneruskan perjalanan selagi semua kenderaan tidak dapat bergerak bersama."Tak ada sebarang berita sampai sekarang sebabnya kami semua balik. Tak tanya apa-apa sebab famili pun stres," jelasnya membalas beberapa komen.