suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kesian, adik kau dah mati!” - Cikgu tadika panas hati murid bermulut celupar, ajuk kesedihan kawan baru hilang ahli keluarga

Sebarang ejekan pastinya memberikan kesan emosi terutamanya kepada kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru tadika meluahkan rasa terkejut dan kesal apabila salah seorang muridnya tergamak mengeluarkan kata-kata celupar terhadap rakan sekelas yang baru sahaja kematian adik.

Insiden berunsur buli emosi itu dikongsikan sendiri oleh guru berkenaan menerusi satu hantaran yang mencuri perhatian ramai di platform Threads.

Menceritakan semula kejadian itu, guru berkenaan memberitahu bahawa adik kepada salah seorang anak muridnya meninggal dunia pada minggu lalu, menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak hadir ke sekolah sepanjang minggu tersebut.

"Sepanjang minggu lepas dia memang tak hadir. Mak dia ada mesej minta aku tengok-tengokkan anak dia dekat sekolah minggu ni sebab dia banyak memberontak kat rumah. Mungkin sebab dia tak reti lagi nak kawal rasa sedih dan kehilangan tu. 

Percakapan dan tingkah laku perlu dididik sejak kecil. -Gambar hiasan AI

"Aku beritahu mak dia, kalau nampak anak dia tak gembira, aku akan rujuk kepada kaunselor sekolah. Sebenarnya semalam semua okay sahaja.

"Tapi pagi ni, pembantu aku beritahu ada seorang murid gelakkan dia sambil cakap... kesian kau kan, adik kau dah mati. Bayangkan, budak-budak tu baru umur 6 tahun," luahnya.

Susulan tindakan celupar itu, pembantu guru berkenaan bertindak pantas memanggil dan memberi teguran awal kepada murid yang membuat ejekan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid OKU mangsa buli dilabel ‘kaki report’... Ibu datang sekolah mengadu, cikgu tak puas hati guru besar ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: “Mendidih darah pahlawan mak” - Amanda Misbun berang anak sering diminta wang, paling tak sangka respons ibu rakan Qisya

Kisah itu kemudiannya disampaikan kepadanya sebelum dia sendiri bertindak memanggil semula murid terbabit untuk diberikan teguran yang lebih tegas.

Jelasnya, sikap tidak berempati yang ditunjukkan oleh murid berkenaan langsung tidak boleh diterima, apatah lagi membabitkan kanak-kanak kecil seawal usia enam tahun.

"Geram betul aku. Hari tu aku ada terbaca, budak-budak sekarang ni bukan level nakal biasa dah, tapi ada yang sampai tahap jahat. Ejek dan mempersenda kesedihan orang lain tu bukan nakal, tapi memang jahat.

"Memang kena tegur terus-terang, tak ada nak berlapik dah. Aku faham mereka baru umur 6 tahun dan cuma ikut apa orang lain buat, tapi kalau tak ditegah dari awal, mereka akan ingat benda tu biasa sedangkan sangat tak baik," katanya.

  • Seorang guru tadika terkejut apabila muridnya mengejek rakan yang baru kematian adik.
  • Murid berusia enam tahun itu tergamak mengeluarkan kata-kata 'jahat'.
  • Kanak-kanak yang diejek itu baru kembali ke sekolah dan sedang beremosi.
  • Guru tersebut bersama pembantunya segera memberi teguran tegas kepada pelaku.
  • Orang dewasa diingatkan agar menjaga tutur kata kerana kanak-kanak mudah terpengaruh.

Dalam pada itu, guru berkenaan turut menitipkan pesanan buat orang dewasa agar sentiasa menjaga tutur kata apabila berada di hadapan kanak-kanak, memandangkan golongan itu sangat mudah meniru kelakuan persekitaran mereka.

"Tolong ya orang dewasa. Budak-budak sekarang ni suka pasang telinga, mereka dengar sahaja apa yang kita bualkan walaupun nampak macam leka bermain telefon atau mainan.

"Tersilap cakap sikit sahaja, laju mereka tiru. Mereka tak faham betapa tajamnya perkataan yang diucapkan itu pada telinga orang yang mendengar.

"Orang dewasa tolonglah tunjuk contoh teladan yang baik... Takkan cikgu sahaja yang kena mendidik," tegasnya.

Artikel Lain