SEORANG petugas di sebuah makmal diagnostik dikejutkan dengan penemuan seekor cacing parasit sepanjang 24 sentimeter (cm) yang dikesan di dalam sampel najis melibatkan pesakit warga asing.Menerusi hantaran tular di Threads, pemilik akaun Marina Mustafa berkongsi gambar cacing bersaiz luar biasa berwarna krim pucat itu selepas berbelas tahun tidak menemui kes sedemikian."Dah lama betul, berbelas tahun tak jumpa... saiznya besar sampai 24 cm."Saya tak boleh dedahkan keadaan pesakit macam mana sebab saya kerja di makmal, kena jaga kerahsiaan (confidentiality). Cuma apa yang boleh dikongsi, pesakit itu warga asing."Cacing tu jumpa dekat mana? Dalam sampel najis pesakit," tulisnya.Kita dinasihatkan menitikberatkan penjagaan kebersihan terutama selepas melakukan aktiviti melibatkan tanah. -Gambar hiasanSusulan daripada itu, Marina turut menitipkan pesan kepada orang awam agar sentiasa menitikberatkan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian. "Yang paling penting, jaga kebersihan. Basuh tangan dengan sabun, terutamanya lepas berkebun atau buat aktiviti melibatkan tanah. "Telur cacing ni kita tak nampak dengan mata kasar," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temuARTIKEL BERKAITAN: Doktor gigi tahan sabar diherdik profesor, ilmu tinggi 'melangit' tapi biadab! - "Betapa hina kerjaya ni di mata dia"Difahamkan, spesies yang ditemui itu adalah cacing parasit atau nama saintifiknya Ascaris lumbricoides yang boleh membiak dan hidup di dalam saluran pencernaan manusia mahupun haiwan.Di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan penemuan tersebut sebagai sesuatu yang agak menggelikan.Seorang individu yang bekerja di makmal terkejut menemui cacing parasit sepanjang 24cm dalam sampel najis pesakit warga asing.Cacing itu dikenal pasti sebagai Ascaris lumbricoides yang boleh hidup dalam saluran pencernaan manusia.Petugas itu berkata sudah berbelas tahun dia tidak menemui cacing sebesar itu.Orang ramai dinasihatkan menjaga kebersihan dan mencuci tangan selepas melakukan aktiviti melibatkan tanah.Penemuan itu mengundang rasa geli serta perkongsian pengalaman daripada warganet.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, terdapat juga warganet berkongsikan pengalaman sendiri berdepan situasi sama."Masa umur enam tahun pernah muntah cacing ni."Ingatkan mi sangkut dekat tekak, apabila ditarik rupa-rupanya cacing yang keluar."Sampai sekarang trauma kalau nampak cacing," tulisnya.