Sehari selepas tegur Lathi Challenge, berkali-kali pendakwah mohon maaf kepada orang Jawa – “Jika ingin terus berkarya, maka silakanlah”

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Dazrin memohon maaf atas teguran mengenai Lathi Challenge yang didakwa mengguris hari bangsa Jawa.

SEHARI selepas membuat teguran mengenai cabaran Lathi Challenge yang menjadi kegilaan netizen pada waktu ini, pendakwah bebas Wan Dazrin Wan Din tampil mengemukakan permohonan maaf.

Ia gara-gara maklum balas netizen khususnya dari negara seberang, Indonesia yang mendakwa pendakwah tersebut secara tidak langsung menghina bangsa Jawa.

Menerusi posting dengan tajuk 'Permohonan Maaf Terbuka kepada Orang-orang Jawa' pada Sabtu, Wan Dazrin mengakui kekhilafannya dalam penggunaan kata dalam menyampaikan teguran dan nasihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah takut tengok Lathi Challenge, seolah sedang seru sesuatu untuk hadir - “Ada unsur syirik, kurafat seperti memanggil Kuntilanak, roh kuda kepang”

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir tegur aksi ‘Lathi Challenge’, ramai tak fikir dosa pahala - “Habiskan masa dan tenaga buat benda tak berguna!”

"Saya sebenarnya bertujuan menasihati umat Islam di Malaysia untuk berhati-hati dengan 'Sesetengah kepercayaan ritual daripada perbuatan Lathi Challenge dan tidak pernah berhasrat menuduh budaya Jawa secara keseluruhan.

"Saya minta maaf ya. Dengan ini, saya akan memadam nasihat itu. Bertujuan menarik balik perkataan ‘Jawa’ yang mungkin menyebabkan kemarahan dan sensitiviti orang-orang Jawa yang dikasihi.

"Maafkan saya atas kekhilafan penggunaan perkataan dalam nasihat yang disampaikan," tulis pendakwah itu.



Posting permohonan maaf daripada Ustaz Wan Dazrin yang dimuat naik di Twitter.

Wan Dazrin juga menegaskan, dia tidak pernah menghukum mana-mana Lathi Challenge sebagai haram.

"Saya bukan Mufti. Saya minta hentikan perbuatan itu bertujuan atas nasihat-menasihati. Hentikan supaya umat Islam tidak menjadi semakin lalai atau rugikan masa yang ada daripada Allah SWT.

"Jika nasihat saya itu boleh dan sudi diambil, maka ambillah. Jika ingin meneruskan berkarya, membuat Lathi Challenge, maka silakanlah.

"Saya bukan sesiapa untuk menghalangnya. Itu adalah 100 peratus hak dan pilihan kalian sendiri khususnya umat Islam di serata dunia," kata pendakwah ini lagi.

Permohonan maaf tersebut dikemukakan bagi memberi penjelasan di atas perkongsiannya pada Jumaat, sebelum pendakwah itu bertindak memadam posting itu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Sekali lagi, sebagai ucapan yang terakhir sebelum saya 'padamkan' kesalahan penggunaan perkataan yang menyebabkan orang Jawa mungkin terasa dan sebagainya.

"Saya memohon maaf terbuka ini tandanya saya menerima nasihat kalian. Terima kasih semua buat orang-orang Jawa yang prihatin dan penyayang," tulisnya.



Video yang dihasilkan seorang pelajar Aswara mendapat jumlah tontonan yang tinggi di media sosial.

Posting permohonan maaf tersebut sehingga kini meraih lebih 2,000 retweet selain dibanjiri dengan komen-komen netizen yang menyuarakan reaksi bercampur.

"Lirik lathi dalam Bahasa Jawa pun cakap tentang petua kebaikan, apa ustaz tak pernah tau tentang dosa apabila buat hati orang sakit? Ribuan orang dah rasa sakit, khususnya orang Jawa," tulis seorang netizen.

"Makanya jangan sok asyik ikut campur urusan budaya orang. Situ dari negara tetangga, gak tau sama sekali adat budaya yang ada di Indonesia," komen yang lain pula.

"Kau tak tau apa-apa budaya Jawa, jangan sekali kali bicara budaya orang lain," komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Wan Dazrin menerusi perkongsian awalnya pada Jumaat meminta orang ramai berhenti melakukan cabaran Lathi Challenge kerana ia mengandungi unsur syirik dan khurafat.



Mawar Rashid merupakan antara artis yang melakukan cabaran tersebut.

"Hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang terlintas dalam hati saya tadi bila saya ditontonkan dengan video #LathiChallenge. Sungguh ia memang menakutkan.

"Bahkan bukan menakutkan saja, hiburan seperti itu cukup mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahaya syirik dan khurafat yang wujud dari kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya Jawa yang sangat kuat percaya pada bomoh dan ilmu hitam. Hati-hati kalian," tulis Wan Dazrin.

Selain pendakwah itu, penyanyi Faizal Tahir turut menegur keghairahan sesetengah netizen yang menyahut cabaran berkenaan.

Katanya, ia bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya membuang masa selain menyifatkan golongan beragama Islam yang melakukan cabaran tersebut tidak memikirkan dosa dan pahala.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain