suria

“Doktor tarik uri terputus, bermulalah episod saya kena korek hidup-hidup” - Tragedi 6 tahun lalu berulang, ibu derita hilang seorang lagi bayi

Anak ketiga Amira dikebumikan bersebelahan dengan pusara kakaknya di sebuah tanah perkuburan di Rantau Panjang, Klang.

LULUH hati seorang ibu apabila anak ketiga yang bakal dilahirkan pada 8 Oktober ini pergi buat selama-lamanya pada hari terakhir Ramadan yang lalu.

Lebih menyedihkan tragedi hitam itu sekali lagi berlaku selepas wanita ini diuji dengan pemergian anak sulungnya kira-kira enam tahun lalu.

Perkongsian Amiratul Jannah mengenai kisah menimpa anak ketiganya itu di Facebook mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas meninggal lahir bayi kembar, barulah suami perasan isterinya berperangai pelik sejak awal pernikahan - “Tak sempat lihat anak sulung kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

"Mummy dan daddy tak sangka baby nak teman kakak Fatimah di syurga. Kalau baby ada lagi hari ni usia baby 21 minggu lima hari.

"Sama usia kakak Fatimah lahir tapi Allah dah tentukan segalanya. Baby lahir lagi awal dari kakak Fatimah.

"InsyaAllah satu hari nanti kita akan bertemu dan berkumpul satu keluarga. Al-Fatihah (dibaca) untuk anak-anakku," luahnya di Facebook.

Antara komen netizen yang simpati dengan nasib menimpa bayi Amira.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu, bayi ketiganya itu meninggal dunia selepas dilahirkan di rumah dalam keadaan tidak cukup bulan.

"Masa tu hari terakhir Ramadan. Saya terbangun pukul 4 pagi nak terkencing tapi lepas tu rasa sakit sangat. Saya pun terus kejut suami ajak pergi hospital.

"Tengah nak bersiap-siap tu, sakit tu datang lagi. Tapi kali ni saya dapat rasakan baby nak keluar. Saya pun baring dan baby keluar pukul 4.15 pagi.

Sampai PAC, doktor cuba keluarkan uri tapi masa doktor tarik uri terputus. Jadi bermulalah episod saya kena korek hidup-hidup untuk keluarkan uri tadi.

AMIRATUL JANNAH

Ibu

"Ikutkan masa tu kandungan baru berusia 20 minggu tiga hari. Baby sempat hidup beberapa minit tapi tak dapat diselamatkan sebab lahir terlalu awal," katanya yang mengalami pendarahan pada 19 Mei lalu.

Berkongsi cerita kepada mStar, Amiratul Jannah atau lebih mesra di sapa Amira berkata, keadaan bertukar panik apabila uri tidak keluar selepas bayinya dilahirkan.

"Ini kali pertama suami tengok saya bersalin depan dia. Lepas tengok baby keluar dan bergerak-gerak terus call ambulans.

Jenazah anak ketiga Amira selamat dikebumikan pada 23 Mei lalu.

"Tapi masa tu panik juga sebab sementara nak tunggu ambulans sampai uri tak keluar lagi.

"Masa tu saya dah reda sebab saya tau anak saya memang tak dapat diselamatkan berdasarkan pengalaman melahirkan anak sulung saya," katanya.

Sebaik tiba di hospital, Amira berkata dia terus dibawa ke bilik Patient Assesment Center (PAC) di sebuah hospital untuk mengeluarkan urinya.

"Sampai PAC, doktor cuba keluarkan uri tapi masa doktor tarik uri terputus. Jadi bermulalah episod saya kena korek hidup-hidup untuk keluarkan uri tadi.

"Sakit dia lebih sakit daripada sakit nak bersalin. Sampai saya pun menangis depan doktor dan nurse sebab tak tertanggung kesakitan.

"Tak lama lepas tu saya dah start menggigil. Lepas doktor tengok keadaan saya yang tak boleh nak tahan sakit, doktor kata saya kena masuk dewan bedah untuk keluarkan lebihan uri yang tertinggal.

Amira bersama suami dan anak keduanya di pagi Syawal.

"Dalam dewan bedah tu saya dibius separuh dengan bius epidural. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas tu saya dimasukkan wad. Suami pula menguruskan urusan pengebumian anak kami," katanya.

Jenazah bayi ketiga Amira yang dinamakan sebagai Muhammad Ramadan Mohd Rawi selamat dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya pada 23 Mei lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain