suria

Asyik buat rakaman, anak terkejut lihat ibu tenyeh rambut adiknya dengan hand sanitizer... selepas dibasuh hasilnya memang tak diingini

Insiden seorang adik yang disapu rambut dengan hand sanitizer secara tidak sengaja.

CECAIR pembasmi kuman atau hand sanitizer kini menjadi barang mesti ada berikutan pandemik Covid-19, sebagai ganti kepada mencuci tangan dengan air dan sabun.

Ia boleh didapati dalam pek atau botol kecil, memudahkan ia dibawa ke mana-mana. Malah, ia muat untuk disimpan di dalam poket baju atau seluar.

Namun, lain pula kisah yang dikongsikan seorang gadis apabila cecair pembasmi kuman itu tidak diletakkan pada bahagian tangan, sebaliknya disapu pada rambut adik perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Renjis pengantin guna hand sanitizer, abang juruvideo ada alasan sendiri - "Bagi saya bukanlah melampau..."

ARTIKEL BERKAITAN: Drama air mata di pagi raya buat semua terkejut... sampailah kakak dedah kisah sebenar - "Masa dengan mak ayah, adik tak menangis seteruk itu"

"Tak tau nak gelak ke nak kasihan dekat adik aku ni. Mak aku ingat tu minyak rambut, dia pun tenyeh kepala adik tu.

"Akhirnya hand sanitizer rupanya. Bukan setakat kuman. Kutu pun tak mai (datang)," tulis seorang gadis menerusi satu perkongsian video di laman sosial Instagram.



Noor Azleen (kiri) bersama ibu (tengah) dan adik bongsunya.

Gadis berkenaan, Noor Azleen Ramli berkata, kejadian melucukan itu berlaku di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Gadis berusia 24 tahun itu memberitahu, ketika itu dia sedang membuat rakaman gelagat adiknya yang berumur lima tahun.

"Saya selalu membuat rakam adik saya, malah pernah membuat video TikTok bersama. Masa rakaman tu dibuat, mak saya sedang menyapu minyak pada rambut adik.

"Memang itu rutin mak setiap kali adik selepas mandi pada waktu malam. Lepas keringkan rambut, mak akan sapu minyak untuk rapi rambut," katanya kepada mStar.



Berkongsi kisah mengenai adiknya.

Namun, Nor Azleen yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia menyedari bau pelik ketika membuat rakaman tersebut di ruang tamu rumah.

"Tiba-tiba saya bau pelik dan saya terus tengok botol yang diletakkan di atas lantai di tepi mak yang duduk menyapu minyak pada rambut adik.

Takkanlah mak sanggup nak sapu hand sanitizer pada rambut adik. Dalam keadaan sekarang yang perlu jaga kebersihan diri sepanjang masa, takkanlah nak bazirkan hand sanitizer tu.

NOOR AZLEEN

"Ya Allah! Terkejut saya apabila saya tengok tu bukan botol minyak perapi rambut. Sebaliknya, botol tu adalah hand sanitizer.

"Saya tergelak dan terus buat rakaman sebelum beritahu mak tentang botol tu. Masa tu mak memang terkejut dan tergelak juga," ujarnya sambil menambah selain membuat video TikTok, adik bongsunya itu juga minat bersolek.



Adik bongsu Noor Azleen yang gemar bersolek selain merakamkan video Tik Tok.

Baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau, Perlis, dia menjelaskan bahawa kesilapan tersebut tidak disengajakan kerana kedua-dua minyak perapi rambut dan hand sanitizer milik ibunya kelihatan sama dari segi warna dan saiz botol.

"Takkanlah mak sanggup nak sapu hand sanitizer pada rambut adik. Dalam keadaan sekarang yang perlu jaga kebersihan diri sepanjang masa, takkanlah nak bazirkan hand sanitizer tu.

"Mak cakap botol hand sanitizer tu dia simpan dalam bilik, kebetulan dekat dengan botol minyak perapi tu. Mungkin mak tak perasan masa tu," ujarnya yang kini bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.



Rambut adik bongsu Noor Azleen sering disapu dengan minyak perapi selepas mandi.

Nor Azleen yang juga berniaga pakaian kanak-kanak dan produk kecantikan secara dalam talian menjelaskan adiknya dalam keadaan terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

"Lama juga mak sapu rambut adik guna hand sanitizer, kira-kira 15 minit. Lepas tu mak cepat-cepat bawa adik pergi bilik mandi untuk cuci dan bilas rambut adik dengan air untuk hilangkan kesan dan bau hand sanitizer.

"Yang kelakar selepas dibilas tu, rambut adik dah jadi keras sedikit. Niat asal sapu minyak perapi sebab nak lembutkan rambut. Lain yang nak buat, lain yang jadi," ujarnya secara berseloroh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hand sanitizer, minyak perapi, rambut, adik, mak,

Artikel Lain