“Rupa-rupanya ghaib dah empat bulan” - Anak simpati nasib ibu dapat ‘penyewa hantu’, alasan diberi langsung tak masuk akal

Keadaan rumah sewa milik ibu Bella yang berselerak dengan mengalami beberapa kerosakan selepas ditinggalkan penyewa.

MACAM tongkang pecah!

Itulah gambaran keadaan sebuah rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga sebelum mereka bertindak 'ghaib' tanpa khabar berita selama lebih empat bulan.

Melihatkan keadaan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dengan pelbagai kerosakan lain, sudah tentu pemiliknya akan berasa tidak kecewa dan marah.

Bukan itu sahaja, paling tidak dapat diterima, sudahlah si penyewa langsung tidak membayar kadar sewaan sejak berbulan lamanya malah mereka bersikap dolak dalih ketika diminta bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 terus menular, pemilik rumah tersentuh hati baca mesej jujur penyewa sebelum bagi tawaran tak disangka-sangka!

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Bella ini berkata, dia dan ibunya hanya mengetahui mengenai keadaan rumah tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang jiran yang tinggal berdekatan.

"Kami dan keluarga tinggal di Ampang, manakala rumah tersebut di Rawang. Ibu menyewakan rumah tersebut kepada sebuah keluarga sejak tahun 2018.



Bella berkongsi kisah penyewa tersebut menerusi satu perkongsian di Twitter.

"Namun baru-baru ini, ibu saya dapat panggilan daripada jiran berhampiran rumah tersebut yang mengatakan rumah sewa tersebut kosong dan seperti dah lama tak berpenghuni. Dia minta ibu datang tengok.

"Saya pun menemani ibu ke rumah tersebut dan memang terkejut bila lihat dengan mata kepala sendiri. Bukan saja berselerak, tapi macam-macam rosak dan pecah.

"Memang teruk sangat keadaan berbanding ketika kami serahkan rumah tersebut untuk disewakan. Rupa-rupanya sudah empat bulan mereka menghilangkan diri," cerita gadis berusia 21 tahun ini.

Ceritanya lagi, berdasarkan transaksi yang direkodkan ibunya, penyewa tersebut tidak membayar sewa sejak November tahun lalu.



Bella turut menceritakan kisah penyewa itu menerusi satu bebenang di laman sosial tersebut.

"Ibu saya jenis bertolak ansur. Macam keluarga ni, mereka kadang-kadang bayar 'lump sum' untuk beberapa bulan sekali gus. Sebab tu ibu tak syak apa-apa dan fikir mereka nak bayar sekali gus.

"Rupa-rupanya ghaib dah empat bulan. Lagi pula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami memang tak dapat pergi jenguk rumah tersebut sebelum ini," katanya.

Cerita Bella, anggaran kos keseluruhan untuk memperbaiki kerosakan berjumlah kira-kira RM4,000.

"Kos itu dibuat oleh kontraktor yang ibu panggil. Saya kesian dengan ibu... sudahlah dia dah habis beribu untuk baik pulih rumah tersebut sebelum sewakan kepada keluarga ini, tapi ini balasan mereka.

"Ini kejadian ketiga sebenarnya kami berdepan dengan sikap penyewa yang tak bertanggungjawab. Lari tanpa bayar sewa macam itu saja," ujarnya.

Ibu dah cukup toleransi sebenarnya. Buat masa ini, ibu beri masa dalam seminggu atau dua minggu. Kalau masih tak ada respon, kami akan teruskan dengan laporan polis.

BELLA

Cerita Bella, selepas perkongsian yang dibuat menerusi media sosial menjadi tular, penyewa tersebut menghubungi ibunya baru-baru ini.

"Mereka minta maaf dan beri alasan tak dapat hubungi ibu saya sebab semua nombor telefon dalam telefon bimbit hilang. Hanya sekarang baru 'recover'.

"Ibu pun beritahu mengenai kerosakan di rumah tersebut dan kos anggaran. Tapi suaminya cakap kos tersebut tak masuk akal. Ibu saya minta dia cari kontraktor dan nilai sendiri kos kalau tak percaya.



Keadaan dinding yang penuh dengan kesan contengan dan sisa-sisa kaca daripada barangan yang pecah di ruang tamu.

"Dia juga kata nak bayar sewa rumah yang tertunggak dahulu tapi sampai kini tak ada pun," katanya.

Bella berkata buat masa ini ibunya masih memberi masa dan ruang untuk keluarga kerana memikirkan berkemungkinan mereka menghadapi kekangan kewangan.

"Ibu dah cukup toleransi sebenarnya. Buat masa ini, ibu beri masa dalam seminggu atau dua minggu. Kalau masih tak ada respon, kami akan teruskan dengan laporan polis.



Antara komen netizen yang simpati dengan nasib ibu Bella malah turut berkongsi pengalaman mereka.

"Kalau nak ikutkan serik, memang serik juga tapi ini salah satu punca pendapatan keluarga kami. Nak tak nak kena hadap juga.

"Apa yang saya nak sampaikan, kita ni kalau jadi penyewa, jadilah penyewa yang bertanggungjawab. Kalau nak keluar, cakap baik-baik. Jangan buat tak tahu je... seolah-olah ia menyekat rezeki orang lain," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rumah, sewa, tongkang pecah, ghaib, penyewa

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain