Rasakan! Pelajar tak suka sekolah dibuka, bermulut celupar ‘disekolahkan’ lebih awal - “Biawak dekat longkang pun tahu cari makan”

Tweet pelajar tersebut tidak disenangi ramai sehingga dia dihujani kecaman di laman sosial itu.

PENURUNAN angka jangkitan Covid-19 di negara ini ternyata memberi kelegaan kepada orang ramai.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi bayangan lebih banyak sektor sosial termasuklah sesi persekolahan akan dibuka semula tidak lama lagi.

Berita itu bagaimanapun tidak disambut baik semua golongan pelajar, malah sebilangan mereka secara lantang turut bersuara di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Garis panduan pembukaan semula sekolah diedar mulai esok

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah lama ditutup, lambakan video TikTok di media sosial oleh pelajar dianggap menjengkelkan - “Saya tak suruh pun mereka tengok”

"Tak nak mati ramai lagi ke? Aku malas nak kena pergi sekolah ni. Mati demi aku please hahahaha," tulis seorang pelajar perempuan di Twitter.

Perbuatan itu sesuai dengan peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' apabila dia kini teruk dihentam netizen.

Akibat dihujani pelbagai komen di laman sosial itu, dia akhirnya menetapkan akaun Twitter miliknya kepada mod privasi.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi individu turut menyuarakan hal sama menerusi laman Twitter.

Satu lagi tweet yang turut dikecam ramai.

"Kami tak nak sekolah dibuka," kongsi individu berkenaan sehingga dia dihujani pelbagai komen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan dua pelajar itu sehingga mereka 'disekolahkan' di laman sosial tersebut.

Menurut pelayar Twitter, individu seperti itu bagaikan tidak tahu bersyukur dan sikap berkenaan jika berterusan boleh menyusahkan ibu bapa masing-masing.

Tak nak mati ramai lagi ke? Aku malas nak kena pergi sekolah ni. Mati demi aku please hahahaha.

PELAJAR CELUPAR

"Habis tu kau nak jadi apa duduk rumah? Dah la tak pandai, kerja menyusahkan mak ayah," tulis seorang individu sehingga dikongsi hampir 12,000 pelayar Twitter.

"Kelas online kata susah, internet lembab, mental penat. Kerajaan nak buka sekolah tak mahu pula. Tak fahamlah budak-budak sekolah.

"Bila sekolah diarah tutup kau melalak nak sekolah, ha ni sekolah dah buka balik tak nak sekolah pula?

Dr Noor Hisham memberi bayangan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi.

"Tak nak sekolah? Pergi kerja. Jangan jadi biawak hidup kat rumah. Biawak dekat longkang pun tahu cari makan.

"Saya sebagai budak sekolah pun malu dan kesal dengan tweet dia," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir golongan pelajat turut membuat luahan di Twitter kononnya tak sedia kembali bersekolah memandangkan masih banyak kerja rumah dan tugasan yang belum disiapkan.

Apa-apapun, kita nantikan sahaja pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bakal mengumumkan tarikh mula persekolahan tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain