Pakar dedah ramai tak tahu sudip warna hitam membahayakan kesihatan... senduk kayu berkilat kini dah selamat digunakan

Dr Fatimah menasihatkan orang ramai supaya mengelak menggunakan senduk atau sudip plastik berwarna hitam semasa memasak kerana boleh memudaratkan kesihatan.

LAMBAKAN peralatan memasak di pasaran ada kalanya membuat kita rambang mata untuk membuat pilihan terbaik.

Ada yang harganya murah tidak kurang juga mencecah ratusan ringgit kerana berkualiti tinggi.

Namun ramai ambil ringan soal keselamatan peralatan memasak yang tanpa kita sedari tidak selamat untuk kegunaan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik tapi bahaya... Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum - “Jangan hidang untuk kanak-kanak, wanita hamil”

ARTIKEL BERKAITAN: Awas... Berulang guna botol air plastik boleh bawa padah!

Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, perkakasan memasak seperti senduk dan sudip berwarna hitam boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.

"Biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.

Paparan skrin pertanyaan seorang individu mengenai penggunaan senduk dan sudip plastik berwarna hitam yang dikongsi Fatimah di Facebooknya.

"Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya," katanya menerusi satu posting di Facebook.

Jelasnya lagi, kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran bahan-bahan kimia ke dalam makanan yang dimasak selain penebat api berbromin jika dipanaskan melebihi suhu 70 darjah Celsius.

"Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.

Biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.

DR FATIMAH SALIM

Pakar kimia

"Maka elakkan penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang mendidih," katanya.

Sebagai alternatif, Fatimah menyarankan penggunaan senduk yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik kerana lebih selamat.

"Bergantung kepada kombinasi bahan binaan. Senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak," katanya.

Perkakasan memasak tersebut dijual pada harga murah tetapi tidak selamat untuk digunakan semasa memasak. Gambar sekadar hiasan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan senduk kayu berkilat, Fatimah berkata perkakasan itu selamat digunakan.

"Benar suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu.

"Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan," katanya.

Beliau berkata, senduk kayu (berkilat) itu kini disalut dengan menggunakan bahan selamat seperti minyak, selaput sintetik dan lilin.

"Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk.

Senduk kayu berkilat kini selamat digunakan kerana disalut dengan bahan selamat seperti minyak, selaput sintetik dan lilin. Gambar sekadar hiasan.

"Namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan," katanya.

Namun beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membeli perkakasan tersebut daripada peniaga yang ada reputasi baik dan diyakini kualitinya.

"Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini.

"Walaupun sedikit mahal, belilah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain