suria

Sedia tong sampah untuk muntah, pinjamkan bahu... bekas pemandu Grab ‘OK je’ bawa penumpang mabuk - “Terpaksalah pimpin sampai depan rumah”

Dinie berkongsi pengalamannya menghantar penumpang mabuk semasa menjadi pemandu Grab pada tahun lalu.

INSIDEN kemalangan sehingga meragut nyawa insan tidak bersalah akibat kecuaian pemandu mabuk sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan.

Tidak terkecuali seorang pemuda yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi satu perkongsian di Twitternya, pemuda tersebut menegur golongan terbabit supaya tidak memandu sebaliknya menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi dirempuh pemandu mabuk, mangsa maut selepas hantar makanan dijual isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Azman kongsi video kejadian bapa saudara dilanggar pemandu mabuk, motorsikal diseret 2 km - “Semoga Allah balas apa yang dilakukan pemandu mabuk ini!”

Perkongsian tersebut mendapat lebih 18,000 ulang kicau dan 17,300 tanda suka di platform media sosial itu.

Menurut pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Dinie, dia menyarankan perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sebagai pemandu Grab pada tahun lalu.

Perkongsian Dinie menjadi tular di Twitter.

"Sepanjang lima bulan saya kerja Grab tahun lalu boleh kata tiap-tiap malam ada je saya ambil penumpang mabuk.

"Jadi bila dah kerap kali dengar kes kematian disebabkan pemandu mabuk, saya tweet macam tu supaya mereka tak ada rasa serba salah nak booking Grab.

"Sekurang-kurangnya dengan cara itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kes kemalangan disebabkan pemandu mabuk," katanya kepada mStar.

Itu atas pilihan pemandu juga. Ada suka, ada yang tak suka. Tapi saya OK je. Alhamdulillah saya tak pernah berdepan insiden tak diingini. Setakat pinjam bahu untuk sandar kepala tu memang ada.

DINIE

Bekas pemandu Grab

Dalam perkongsiannya, pemuda berusia 26 tahun itu turut memuatnaik beberapa gambar penumpang mabuk yang diambilnya.

Namun perkara tersebut kurang disenangi segelintir netizen kerana tidak mendapat kebenaran penumpang terbabit.

Dinie bagaimanapun mengakui kesilapannya tetapi menganggap tindakannya itu bukan mahu mengaibkan individu tersebut.

"Sebenarnya saya admit tindakan tu memang salah, sebab ada orang cakap dia (penumpang) mabuk mana boleh bagi consent.

Antara gelagat penumpang dan botol minuman keras yang ditinggalkan di dalam kereta selepas menghantar penumpang mabuk.

"Tapi saya just nak beritahu kepada mereka yang mabuk tak payah drive. Itu saja niat saya. Saya post bukan nak jatuhkan maruah mereka.

"Lagipun kalau dah malam MRT, public transport memang tak beroperasi. Jadi mereka tak ada pilihan melainkan guna Grab atau minta bantuan famili dan kawan-kawan yang tak mabuk," katanya.

Namun Dinie berkata tidak ramai pemandu sanggup mengambil penumpang mabuk, semuanya atas pilihan masing-masing.

"Itu atas pilihan pemandu juga. Ada suka, ada yang tak suka. Tapi saya OK je. Alhamdulillah saya tak pernah berdepan insiden tak diingini. Setakat pinjam bahu untuk sandar kepala tu memang ada.

"Itupun sebab masuk kereta terus dia offline mode, lepas tu kereta corner kepala jatuh ke arah saya. Tapi bila ambil penumpang mabuk memang kena ready dari segi fizikal dan mental sebab golongan ini di luar jangkaan kita.

Seorang lelaki dalam perjalanan pulang selepas menghantar makan dijual isterinya maut dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

"Selagi tak over the limit saya OK je. Sepanjang lima bulan tu tak ada yang muntah dalam kereta lagi. Ada yang masih boleh berborak. Lagipun saya ada sediakan tong sampah plastik untuk kegunaan mereka," katanya.

"Ada juga yang tertidur dan bila sampai rumah minta saya kejutkan. Tapi ada bila kejut bangun pun tak boleh, saya terpaksalah pimpin sampai depan rumah lagipun rumah landed, ” katanya.

Walaupun ada yang mengecam tweet tersebut, terdapat netizen yang memuji tindakan berani Dinie menegur golongan terbabit.

"Malaysia perlukan lebih ramai orang macam abang," tulis Wani.

"Hats off to this brother. May Allah ease your job dan murahkan rezeki you. Aamiin. Thank you for being there accepting everyone without being typical yang tak nak ambil customer mabuk sebab takut muntah dalam kereta," kata Husna.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain