Rider cun dah biasa dirinya jadi tumpuan! Selain sering dipuji, dapat juga makan free, duit raya - “Mak ayah agak risau”

Kisah Fafa sebagai penghantar makanan menjadi tular di laman Twitter.

"KALAU macam ni, hari-hari saya order makanan."

Demikian komen seorang netizen secara berseloroh mengenai foto rider perempuan Foodpanda yang tular di laman Twitter.

Menurut empunya badan, Farah Nur Syifa Abdullah atau Fafa, dia bersyukur dengan komen-komen positif yang diberikan netizen menerusi laman sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot”

Jelas gadis berusia 21 tahun itu, dia mula melakukan pekerjaan tersebut sejak awal tahun 2020.

"Sudah hampir enam bulan saya bekerja sebagai rider. Saya sebenarnya student, dah apply macam-macam job, akhirnya dapat jadi rider.

"Pada masa tu saya tengah praktikal di kampung saya di Ipoh (Perak) tapi saya buat juga pekerjaan ni. Sekarang pun peperiksaan akhir ditunda, jadi saya akan terus bekerja.

Fafa merupakan pelajar bidang terapi kecantikan di Giat Mara.

"Bila pergi hantar makanan, memang ada orang yang tegur. Mereka cakap, rupa-rupanya ada rider perempuan. Saya jawab balik, memang ada, cuma ramai yang tak perasan," ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang Terapi Kecantikan di Giat Mara, Taiping, itu, ibu bapanya agak risau pada mulanya namun membenarkan dia melakukan pekerjaan itu selepas berjaya meyakinkan mereka.

Ada pelanggan yang kata saya rajin, tak sangka ada perempuan jadi rider. Biasanya golongan mak-mak yang cakap macam tu.

FARAH NUR SYIFA ABDULLAH

PENGHANTAR MAKANAN

Kata Fafa, dia juga melalui cabaran sama seperti rider-rider lelaki di luar sana dan menganggap ia sebagai lumrah dalam dunia pekerjaan.

"Saya sebenarnya dah biasa bawa motor dari dulu. Sudah terbiasa. Kadang-kadang ada cabarannya, bulan puasa panas terik.

"Ada kalanya kena redah hujan. Mak ayah pun agak risau, tapi saya yakinkan mereka dan diberi kebenaran untuk bekerja," ujarnya.

Antara pengalaman tidak boleh dilupakan kata Fafa, dia pernah dihulurkan makanan oleh pelanggan sewaktu dalam bulan puasa.

Fafa bersyukur dengan segala komen positif yang diberikan di Twitter.

Malah, ada juga pelanggan yang memberikan duit raya untuknya.

"Ada pelanggan yang kata saya rajin, tak sangka ada perempuan jadi rider. Biasanya golongan mak-mak yang cakap macam tu.

"Ada juga yang bagi makanan, masa tu lagi dua minit nak berbuka dan saya tiada makanan. Yang bagi duit raya pun ada," katanya.

Dalam pada itu, Fafa mengakui terharu apabila foto dirinya menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

"Perasaan bercampur baur. Saya kongsi secara suka-suka je. Terima kasih pada yang puji, yang doakan saya. Syukur sangat," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain