suria

Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot”

Komen tidak sensitif wanita itu menerima kecaman warga media sosial.

WABAK Covid-19 yang melanda sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu ternyata membuka pintu rezeki buat golongan rider dan runner.

Malah, ramai dalam kalangan kita yang cukup berterima kasih atas kerja keras mereka menghantar makanan, barang keperluan dan sebagainya dalam tempoh getir ini.

Namun, tular pula paparan skrin komen Facebook seorang wanita yang seolah-olah tidak bertimbang rasa terhadap tugas golongan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat nak bantu duit, gadis cipta tagline rare tolong promo bisnes boyfriend - “Sampai bila kami nak bergelumang dosa ye tak?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Silalah jadi runner yang sudi dibayar sedikit” - Upah RM10 dianggap mahal, ustazah ‘ceramah’ pelanggan kedekut

Menurut wanita itu, dia memilih untuk membayar rider secara tunai berbanding pembayaran dalam talian.

Jelasnya lagi, sekiranya rider lambat menghantar pesanan, dia tidak akan membuka pintu rumah dan menerima barangan atau makanan yang dipesan.

"Bayar je cash. Lambat je lebih satu jam tak payah accept order. Jangan buka pintu. Kalau dia call cakap dah keluar sebab lambat sangat. Biar dia makan sendiri, bayar sendiri," ujarnya.

Antara komen ditingalkan wanita itu di Facebook.

Tambah wanita itu, keadaan cuaca tidak sepatutnya menjadi alasan kerana adanya baju hujan untuk dipakai mereka.

"Seronok la untuk rider lembab. Alasan hujan. Dah nama kerja rider. Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot.

"Rider yang patut guna akal. Baju hujan untuk redah hujan, bukan redah api," tulis wanita itu lagi.

"Kalau rider tu famili kau, kau akan cakap macam tu ke? Sesama manusia kot, macam tak ada belas kasihan je cakap macam tu.

NETIZEN

Paparan skrin komen wanita itu kemudiannya dikongsi oleh seorang pelayar Twitter, @SyazwanAmran sehingga tular dan menerima lebih 15,400 ulang kicau (Retweet).

Menurut Syazwan Amran, komen wanita itu disifatkan cukup biadab.

Malah, dia turut menggesa agar rider tidak dianiaya sedemikian rupa memandangkan mereka juga manusia biasa.

Posting yang tular di Twitter.

Rata-rata netizen turut meluahkan pendapat sama, mengakui kecewa dan berang dengan komen tidak berperikemanusiaan wanita tersebut.

"Kalau rider tu famili kau, kau akan cakap macam tu ke? Sesama manusia kot, macam tak ada belas kasihan je cakap macam tu.

"Cuba bayangkan apa-apa jadi kat rider tu, meninggal ke cedera parah ke sebab dia buat aniaya macam tu. Nak tanggung rasa serba salah sampai mati ke?

Kehadiran rider ternyata memudahkan urusan kehidupan seharian kita.

"Kecil hati rider kalau baca ni. Selalunya rider redah je hantar kalau hujan rintik-rintik. Yang lambat tu sebab hujan lebat gila," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama timbulnya isu rider dan runner dianiaya.

Menerusi laporan mStar pada 20 April lalu, ada individu terlalu berkira sehingga menyifatkan upah RM10 buat golongan itu sebagai mahal dan tidak berpatutan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, cuaca, baju hujan, makanan

Artikel Lain