suria

Gadis ‘propa’ jalan-jalan di bazar Ramadan, kawan tengok komen pula ‘emosi’ sampai menangis!- “Nasib baik comel walaupun hambar”

Naddin tidak sangka video dikongsinya menjadi tular.

SEKADAR berkongsi video secara suka-suka, siapa sangka ia bakal menerima lebih 700,000 tontonan di laman Twitter?

Demikianlah persoalan yang terbuku di minda Nurul Nadiah Zainuddin, 20, mengenai penularan video spontan miliknya.

Dalam rakaman berdurasi 14 saat itu, dia yang manis bertudung menggunakan kesan khas Instagram Filter dengan latar belakang bazar Ramadan, kononnya sedang berjalan-jalan di lokasi jualan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang fikir kami tak buka kedai” - Ada 3 kedai nasi kukus, lama berniaga di bazar... anak selami perasaan ibu bapa Ramadan kali ini

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu semangat frontliner bantu rakyat Malaysia, kini On Bazaar nak hubungkan peniaga dengan 30,000 pembeli sepanjang Ramadan!

Ditambah pula dengan dialog ringkas, ramai yang mengakui terhibur, tak kurang juga yang menghantar komen-komen jelik dan mendakwa meluat dengan aksinya.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Naddin mengakui tidak kisah dengan komen orang ramai yang dilemparkan kepadanya.

"Mula-mula tengok kawan buat video tu, saya cubalah sekadar suka-suka. Kononnya jalan-jalan di bazar Ramadan, sebab tahun ini kan tak ada bazar.

Posting video Naddin di Twitter.

"Saya post video tu selepas sahur, ramai orang tengok kata kelakar. Ada orang kata, nasib baik comel walaupun hambar. Ada juga komen yang tak elok.

"Makin lama makin banyak orang kutuk. Orang cakap saya buat-buat suara. Tapi saya tak ambil hati," ujar penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah itu.

Menurut Naddin, jika berkongsi sesuatu perkara secara terbuka, kita seharusnya bersedia dengan pelbagai respons yang akan diberikan.

Jangan kerana benda macam ni, kita jadi muram, depresi. Saya tak ada apa-apa, malah saya mute notification.

NURUL NADIAH ZAINUDDIN

PELAJAR

Malah menjadi lumrah katanya, ada yang akan suka, tak kurang juga yang membenci biarpun dia tidak melakukan apa-apa perkara negatif.

"Sebab kita post di tempat public (laman sosial), kita kena terima persepsi orang. Kita bukannya pergi gelek-gelek, video itu just for fun.

Naddin mengakui rindu bazar Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Kena sematkan dalam fikiran, ada orang suka, ada orang tak suka. Just buat tak tahu. Semua orang ada pendapat berbeza.

"Jangan kerana benda macam ni, kita jadi muram, depresi. Saya tak ada apa-apa, malah saya mute notification.

Naddin tak hirau komen negatif dilemparkan kepadanya.

"Kawan yang tengok pula menangis baca komen, saya OK sahaja," ujarnya.

Mengimbau kenangan Ramadan tahun sebelum ini, Naddin mengakui ia cukup berbeza dengan tahun 2020 yang disulami episod duka Covid-19.

Naddin terkejut menerima pelbagai komen di Twitter.

"Rindu bazar Ramadan. Kalau dulu memang setiap petang pergi bazar. Saya suka tepung pelita dan cakoi.

"Lauk dah masak kat rumah, pergi bazar cari kuih-muih. Kadang-kadang beli air sampai tiga jenis. Bazar kegemaran saya di Shah Alam (Selangor)," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
bazar Ramadan, video, Naddin, UiTM, kecam

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?