suria

Niat nak acah-acah jadi imam, sekali bapa ‘bersuara’ terus si anak tepuk dahi... tak sangka ramai yang cemburu

Fiqri tidak menyangka video miliknya menjadi tular di Malaysia.

RAMADAN kali ini pastinya berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Dengan orang awam tidak dibenarkan untuk pergi ke surau mahupun masjid, segala ibadah wajib serta sunat perlu dilakukan di rumah sahaja.

Itulah apa yang dilakukan oleh keluarga Fiqri Syamie, 20, sama seperti keluarga lain yang menunaikan solat secara berjemaah di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih bangun awal, telur dadar biru dimasak adik umur 10 tahun ketika sahur gagal tambat selera kakak - “Habis kat dia seorang je...”

ARTIKEL BERKAITAN: Niat dah baik, malang diri sendiri terjerat gara-gara kenakan ibu masa sahur - “Ada lagi sikit dalam pinggan ayah...”

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat adiknya, Firas Sufi, 18, yang mengusik bapanya sebelum solat Isyak dimulakan.

Ketika dihubungi mStar, Fiqri menceritakan semula kejadian yang dirakam pada Sabtu lalu, menunjukkan adiknya dengan selamba pergi ke hadapan untuk menjadi imam, namun reaksinya bertukar sebaik sahaja disuruh melakukannya betul-betul.



Video yang dimuat naik Fiqri berjaya mencuri perhatian netizen.

"Ayah saya jenis pendiam dan tak banyak cakap. Sufi suka mengusik ayah, bergurau dengan lawak bodoh dia.

"Bila ayah suruh jadi imam solat Isyak betul-betul, tahu pula dia tak nak," ujar Fiqri dalam nada berseloroh.

Tambah Fiqri lagi, bapanya akan menjadi imam setiap kali mereka menunaikan ibadah secara berjemaah di rumah.

Saya dan Sufi tak masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut, lain macam rasa dia bila kena jadi imam ni.

FIQRI SYAMIE

ABANG

"Memang setiap kali solat ayah akan jadi imam.

"Saya dan Sufi tak masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut, lain macam rasanya bila kena jadi imam ni," ujar remaja berusia 20 tahun itu.

Fiqri yang merupakan pelajar Sains Sukan itu bersyukur bahawa Movement Control Order (MCO) yang diarahkan oleh kerajaan Singapura ini memberi hikmah buat dia dan keluarganya.

"Kalau sebelum ni, puasa ketiga atau keempat saya akan berbuka bersama rakan-rakan, tapi tahun ni agak berbeza.

"Bond antara ahli keluarga tu makin hari makin rapat. Manakan tidak setiap hari kita berbuka bersama-sama," ujar anak ketiga dariapada lapan beradik itu.



Fiqri Syamie merupakan pelajar jurusan Sains Sukan.

Mengulas lebih lanjut mengenai adiknya itu, Fiqri memberitahu bahawa dia adalah seorang yang periang dan suka bergurau senda.

"Bila Sufi tiada di rumah, rumah jadi senyap sikit.

"Kalau dia bosan di rumah, dia akan kacau orang lain. Dia ni jenis menggeletis sikit, macam dia cakap taknak dalam video tu la," ujar Fiqri yang menetap di Woodlands, Singapura.

Dalam pada itu kebanyakan respon daripada netizen setelah melihat video tersebut menunjukkan rasa mereka cemburu kerana Fiqri mempunyai keluarga yang ceria. Namun, Fiqri memberitahu setiap orang mempunyai detik ceria mereka tersendiri.



Fiqri memberitahu tempoh MCO yang dikuat kuasakan membuatkan hubungan sesama ahli keluarganya menjadi semakin rapat.

"Ramai cakap jealous tengok family saya, kami pun ada juga bergaduh sesama sendiri.

"Cuma bila masing-masing dah besar, kita dah masuk ke fasa lain. Suatu hari nanti, semua orang pasti akan rasa bahagia tu," tambah Fiqri.

Fiqri tidak menyangka video yang berdurasi 12 saat itu menjadi tular di Malaysia. Sehingga kini telah mendapat 245,000 tontonan dan 17,500 ulang kicau daripada netizen.

"Adik aku pun macam ni bila ayah suruh dia jadi imam," tulis seorang pengguna Twitter.

"Bestnya tengok family yang boleh bergurau macam ni. Jealous tengok," ujar seorang gadis.

"Salute tengok cara dia suruh ayah dia ke belakang, bila suruh jadi imam terus menggelupur," tambah netizen lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ramadan, imam, solat Isyak, baligh, adik, usik

Artikel Lain