suria

Posting dimanipulasi, Muzaffar buat penjelasan... gesa pelanggan support semula bisnes - “Abang saya sangat humble, baik… saya saja yang teruk”

Muzaffar membuat penjelasan panjang lebar menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook dan Instagram pada Isnin malam.

“DEMI Allah, Wallahi Wabillahi Watallahi saya sedikit pun tiada niat mainkan isu perkauman ataupun nak rasis.”

Demikian kata Muzaffar Mohamed Jakel berhubung dakwaan dirinya memperlekehkan orang Melayu menerusi satu posting di Instagram Story baru-baru ini.

Tampil dalam satu video berdurasi 11.39 minit yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram pada malam Isnin, adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz itu menjelaskan dengan panjang lebar mengenai isu yang sedang membelit dirinya ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan maaf adik bos Jakel masih gagal reda kemarahan ramai - “Terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya juga marah” - MD Kumpulan Jakel mohon maaf isu posting IG adiknya perlekeh orang Melayu kerana tidak faham erti SOP

Menurut pemuda itu, posting awalnya di Instagram Story itu dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya menyebabkan dia dikecam hebat oleh netizen.

Lebih memburukkan keadaan kata Muzaffar, wujud satu akaun Facebook menggunakan nama Nor Lizah yang membuat posting seolah-olah 'menyebelahi' syarikat Jakel dan menghentam orang Melayu, menyebabkan dirinya makin hebat dikecam di laman sosial.



Posting Muzaffar di Instagram Story yang menimbulkan kritikan ramai.

"Saya tak kenal Nor Lizah, dia seumpama 'side' saya untuk hentam orang menerusi komen. Dengan nama Allah saya tak ada bangkitkan isu perkauman.

"Tolong maafkan saya atas kesalahan saya menaikkan status, itu memang salah saya sebab naikkan sentimen Melayu.

"Saya juga ada buat laporan polis atas nama Nor Lizah. Saya buat report kerana saya berani. Berani kerana benar. Saya tak takut," katanya di dalam video tersebut.

Saya dan bapa saya, dalam surat beranak pun keturunan Melayu... takkan saya nak main isu perkauman.

MUZAFFAR MOHAMED JAKEL

Penjelasan menerusi video ini dibuat tidak berapa lama selepas dia tampil mengemukakan permohonan maaf menerusi satu posting di Instagram.

Tambah pemuda ini lagi, dia tidak menafikan posting di Instagram Story itu dimuat naik ketika dirinya sedang dalam keadaan 'tidak berapa baik'.

Namun menurut Muzaffar, perkara itu disebabkan dia diserang dengan kata-kata makian dengan bahasa yang kesat selepas ada individu memviralkan salah satu postingnya di Twitter, seolah-olah syarikat Jakel tidak peka kepada situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mahu memulakan operasi.

Bagaimanapun tegasnya, dia sama sekali tidak berniat untuk membangkitkan isu perkauman ataupun memperlekehkan masyarakat Melayu.



Datuk Mohamed Faroz turut memuat naik video permohonan maaf dua hari lalu.

"Saya dan bapa saya, dalam surat beranak pun keturunan Melayu... takkan saya nak main isu perkauman. Kawan-kawan saya pun Melayu. Hari-hari saya layan customer yang beli, takkan tergamak saya nak main isu perkauman.

"Saya nak beritahu, Jakel berjaya pun sebab orang Melayu sokong dari masa buka dahulu sampai sekarang," ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Muzaffar merayu agar netizen tidak ‘melancarkan’ serangan kepada ahli keluarganya yang lain kerana ternyata perkara itu disebabkan oleh kekhilafan dirinya sendiri.

"Abang saya sangat humble dan sangat baik. Saya saja yang teruk. Saya nak pesan, yang hina (arwah) bapa, tolong hentikan. Saya tak boleh terima. Arwah dah lama ‘pergi’. Kesian saya dan ahli keluarga terutama mak saya. Saya tak beritahu mak, tapi bila dia tahu dia sedih," katanya.



Muzaffar meminta netizen tidak memanjangkan isu selepas penjelasan dan permohonan maaf dilakukannya.

Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf kepada netizen khususnya masyarakat Melayu di atas keterlanjurannya memuat naik posting yang menyinggung perasaan ramai.

"Di bulan Ramadan ni, dengan berkat bulan Ramadan saya merendah diri susun jari mohon maaf kepada semua orang, maafkanlah saya. Kepada semua yang memaki hamun saya, ahli keluarga saya dan ayah saya, kami maafkan semua orang.

"Wallahi tak ada rasa sakit hati kepada orang Melayu yang maki kita kerana kita tahu anda belum cerita sebenar. Sama-sama bulan Ramadan ini kita bermaafan, kita tak mahu panjangkan isu ni.

"Minta anda semua support kita balik, post dekat Instagram anda dan beritahu hal sebenar, beritahu ini adalah fitnah untuk jatuhkan Jakel. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya," akhirinya.





Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Muzaffar, Jakel, SOP, Melayu, Nor Lizah

Artikel Lain