suria

Mimpi ngeri peniaga…144 bekas biskut di kurier sampai pada customer tapi hancur berderai! – “Rezeki semut makan biskut raya”

Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa kerana biskut tempahan pelanggannya rosak teruk, yang dakwanya gara-gara kecuaian staf sebuah syarikat kurier.

PENGALAMAN paling buruk!

Siapa yang tidak kecewa apabila barang-barang yang dikirim kepada pelanggan hancur berderai?

Itulah situasi yang dihadapi oleh peniaga ini apabila barang berupa kuih raya yang dikirim kepada pelanggannya rosak teruk, yang dakwanya gara-gara tidak dikendalikan dengan baik oleh syarikat kurier.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak order kuih untuk mak merungut kena bayar kos delivery, tauke ‘daki’ tingkat 12 flat hantar sendiri... terkejut dapat tahu siapa pelanggannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini manfaatkan lesennya habis-habisan ketika PKP... upah 10 sen pun ambil!

Menerusi satu bebenang di Twitter, peniaga tersebut mendakwa 90 peratus daripada kerosakan tersebut berpunca daripada kecuaian kakitangan syarikat kurier berkenaan.

“Sabtu aku hantar, Isnin customer beritahu dah smpai. Kotak biskut raya yang aku hantar ada tiga lokasi yang berbeza. Satu alamat di Nilai, Seremban (empat kotak), Temerloh (satu kotak) dan Raub (satu kotak) di hari yang sama aku hantar.



Posting peniaga tersebut menjadi tular di Twitter.

“Cerita dia, aku dah buat packing baik-baik dah sebab aku tahu aku post biskut raya. Total 6 kotak, setiap kotak ada 24 bekas jadi total 144 bekas. Satu kotak purata berat 13 hingga 15 kilogram. Total hampir RM200 untuk caj postage. Staf **** pun ada tampal stiker mudah pecah (fragile).

End up, customer aku dapat semua biskut raya dengan bekas-bekas dekat dalam kotak tu pecah ya... bukan crack. Yang buat aku betul-betul marah bila 90 peratus daripadanya rosak sebab memang nampak sangat kotak tu korang main campak-campak saja walaupun sekotak berat tu purata 14 kilogram, ” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Rugi besar, sedih yang amat waktu-waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.

PENIAGA KUIH RAYA

Bukan sahaja rosak teruk, malah lebih membuatkannya sedih adalah apabila ada ‘makhluk’ asing yang menghurungi kuih-kuih raya tersebut gara-gara bekas terdedah akibat pecah.

“Boleh dikatakan semua bekas biskut raya dalam tu yang sampai pada pelanggan tak boleh diguna pakai.

“Dan paling sedih siap bersemut lagi dalam kotak tu... mungkin dah pecah dari hari pertama jadi semut dah hurung. Rezeki semut makan biskut raya, ” tulisnya lagi.



Sebahagian perkongsian peniaga itu mengenai pengalaman buruknya menerusi bebenang di Twitter.

Akibat kerosakan kesemua 144 balang kuih raya tersebut, peniaga itu terpaksa menanggung kerugian sehingga hampir mencecah RM4,000.

“Rugi besar, sedih yang amat waktu-waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Cawangan di Kuantan tak dapat dihubungi dan pergerakan masih terhad sebab PKP. Kat mana lagi aku nak buat aduan? Jadi aku harap kepada person incharge *** yang terbaca mesej aku ni minta mesej aku atau boleh hubungi terus.

“Pada aku ini betul-betul menyusahkan dan tutup je la company kalau menyusahkan masyarakat. Harap ada maklum balas segera dari ***

“Gambar semua dah diambil untuk dijadikan bukti. Aku boleh rujuk sivil (sebab kos kerugian bawah RM4,000) dan mungkin juga kuasa viral menyebelahi dan dapat membantu aku, ” ujarnya lagi.



Kelihatan bekas kuih raya yang pecah dan rosak teruk.

Bagaimanapun perkongsian tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada segelintir yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa peniaga tersebut.

Namun tak kurang ada juga yang mendakwa, keadaan tersebut berpunca daripada kecuaian peniaga tersebut sendiri.



Keadaan biskut raya yang hancur berderai ketika sampai di tangan pelanggan.

“Peniaga sepatutnya letak bubble wrap atau apa-apa untuk secure bekas tu. Awak tahu bekas macam tu boleh pecah sepatutnya awak balut la banyak-banyak, ” komen seorang netizen.

“Nama pun biskut. Kau pegang lepas masak nak masukkan dalam bekas pun boleh hancur. Inikan pulak pos. Pastu cara peniaga balut tu mcm mana ya? Kemudian jangan ingat dekat storage *** tu barang orang pos satu dua ja, ” tulis netizen lain.

“Jangan ingat dengan stiker fragile tu kurier kisah. Lebih baik bubble wrap, ” tulis seorang lagi netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
biskut raya, kurier, hancur

Artikel Berkaitan

Artikel Lain