Hasrat nak mengadu suami ‘kantoi’ ketagih ketum selepas kahwin tak kesampaian, si isteri ditegur sebar aib di media sosial - “Kita yang pilih sendiri...”

Perkongsian seorang wanita di Facebook menerima hampir 900 komen netizen.

JIKA sudah tiada siapa untuk mengadu, kita sering kali mencurahkan isi hati menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Selain luahan rasa, pelbagai persoalan yang diajukan juga biasanya akan menerima maklum balas serta pendapat berbeza-beza daripada warga maya.

Begitu juga dengan perkongsian ringkas ini oleh seorang wanita menerusi grup Facebook Saya Anak Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun ditahan bersama 400kg daun ketum

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan ditahan bawa air ketum

"Apa perasaan anda para isteri bila lepas kahwin baru tahu suami tercinta ketagih ketum?" soalnya ringkas.

Soalan itu ternyata mengundang reaksi orang ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,000 pelayar Facebook.

Malah, ia juga dihujani lebih 880 komen sejak dimuat naik pada Sabtu.

Posting tular di laman Facebook.

Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai, termasuklah yang berjenaka mengenainya.

Ujar seorang pelayar Facebook, seseorang itu perlu mengetahui latar belakang pasangan mereka sebelum meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.

Jika tidak, mereka pastinya akan menyesal di kemudian hari apabila sifat sebenar hanya terbongkar setelah mendirikan rumah tangga.

Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.

NETIZEN

"Sebab itu jangan jumpa terus bercinta lepas tu kahwin tanpa kita tahu latar belakangnya yang sebenar.

"Bila dah kahwin kena telan pahit maung sebab kita yang pilih sendiri tak boleh nak salahkan sesiapa betul tak?" ujar seorang individu.

"Kalau suami ketagih ketum pun, tak perlu kot heboh or tanya pendapat dalam media sosial. Aib seorang suami dan syurga isteri tu. Usaha cari penyelesaian lain daripada tanya pendapat macam tu. Renung-renunglah wahai si isteri," tegur seorang lagi individu.

Ramai memberi pendapat berbeza mengenai apa yang diutarakan wanita itu.

"Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.

"Tak apa perlahan-lahan bagi nasihat suruh berhenti. InsyaAllah sambil berdoa pada Allah," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada yang turut memberi cadangan agar mana-mana isteri dalam situasi itu membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jika anda pula berada dalam situasi sama, apa yang akan anda lakukan?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ketum, AADK, suami, isteri, ketagih

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain