suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar makanan ditahan bawa air ketum

Seorang anggota polis dan anggota ATM memeriksa beg pekerja perkhidmatan pembawa makanan pada satu sekatan jalan raya ketika tinjauan fotoBernama di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

KEGIATAN seorang penghantar makanan membawa barang larangan terbongkar apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Putrajaya, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan di dalam kotak makanan yang dibawa lelaki itu mengandungi satu botol cecair dipercayai air ketum kira-kira satu liter.

Hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku cecair di dalam botol itu ialah air ketum.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, polis sentiasa komited membanteras jenayah dan dadah. - BERNAMA

Artikel Lain