suria

Dobi, kedai gunting rambut boleh buka! Ini 9 sektor yang dibenar beroperasi ketika PKP fasa ke-3

MITI telah memperhalusi sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

MENJELANG fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal bermula 15 Mac ini, kerajaan mengumumkan sektor tambahan yang dibenar beroperasi dalam tempoh itu.

Menurut Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, langkah itu bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi negara dengan membenarkan sektor-sektor ekonomi yang kritikal beroperasi semenjak 18 Mac 2020 lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April

Menerusi kenyataan pada Jumaat, Azmin berkata MITI telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan industri, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta kementerian dan agensi lain yang berkaitan bagi mengenalpasti dan memperhalusi sektor-sektor ekonomi tambahan yang boleh dibenarkan beroperasi.

MITI telah memperhalusi sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

-Tahap kepentingannya di dalam rantaian bekalan global (global value chain atau GVC) dan eksport negara. Langkah ini adalah untuk menjamin kestabilan aktiviti eksport;

-Aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah (value-added multiplier) yang tinggi;

-Impak ke atas kelangsungan PKS dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan; dan

-Jumlah tenaga kerja yang terlibat.

Berikutan keputusan ini, syarikat-syarikat di dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

Pihak syarikat di dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi syarat-syarat Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Selain pematuhan kepada syarat-syarat dan garis panduan yang diperketatkan ini, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang
ditetapkan oleh KKM dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa. 

Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut Akta semasa.

SENARAI SEKTOR:

Industri Automotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

Industri Mesin dan peralatan

Industri Aeroangkasa

Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan

(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan
bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja
seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

Antara sektor yang dibenar beroperasi.

Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; makmalmakmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

MITI, Covid-19, PKP

Artikel Lain