“Kami buat ujian untuk lindungi anda, elak jangkiti orang tersayang” - KP Kesihatan ulas sikap kurang sopan terhadap frontliners

Dr Noor Hisham meminta orang awam memahami tugas yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan (frontliners).

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua pihak, khususnya mereka yang diwajibkan melalui proses kuarantin dan ujian saringan Covid-19 agar memahami tugas yang perlu dilakukan petugas barisan hadapan (frontliners).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata apa yang dilakukan oleh petugas kesihatan adalah untuk melindungi individu terlibat, selain mengelakkan penularan virus tersebut kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka panggil staf kami anjing, pencacai najis” - Doktor dedah sikap grup ‘turun dari kayangan’, ada petugas terpaksa berundur mengalah

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 118 kes baharu, KKM umum tiga lagi korban Covid-19

"Kami berada di sana, kami kena engaged dengan mereka, dan mengapa kami kena buat ujian... (adalah) untuk melindungi mereka.

"Bukannya kami cuba nak melakukan sesuatu yang menentang kemahuan mereka tapi secara dasarnya kami mahu melindungi mereka, kenal pasti mereka, kesan mereka, uji, asingkan dan rawat mereka.

"Kami perlu enganged dengan pesakit dan terangkan isu serta cabaran supaya mereka memahami kenapa kami kena buat ujian iaitu untuk melindungi mereka, jadi mereka tak jangkiti orang yang mereka sayang," katanya dalam sidang media harian Covid-19 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan segelintir individu yang bersikap kurang sopan terhadap petugas kesihatan ketika proses mengambil sampel dilakukan.

Dalam pada itu tambah Dr Noor Hisham, dalam situasi ini, penglibatan serta kerjasama kedua-dua pihak antara petugas dan pesakit adalah penting.

"Kami perlu tangani jangkaan pesakit, dan jika kami berupaya tangani jangkaan mereka, mereka akan gembira kerana kita dapat berikan yang lebih baik.

"Anda boleh lihat di media sosial ada pesakit yang discaj dan mereka kongsi pengalaman. Kita belajar dari mereka untuk kita pertingkatkan lagi, ia melibatkan dua hala.

"Dan satu lagi mesej kepada orang awam di luar sana. Kami pergi kepada anda, kerana kami ambil berat tentang anda,"ulas Dr Noor Hisahm lagi.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai luahan frontliners yang kecewa dengan sikap kurang sopan segelintir pesakit, khususnya mereka yang baru pulang dari luar negara atau disebut sebagai kluster 'oversea'.

Golongan ini didakwa bukan sahaja mempunyai banyak karenah, malah turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas kesihatan.

KKM, pesakit, kurang sopan

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain