suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga minyak turun lagi

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik COVID-19.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.25 dan RM1.55 seliter, berkuat kuasa tengah malam Jumaat hingga 17 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.46.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- BERNAMA

harga minyak, Covid-19

Artikel Lain