PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Muhyiddin membuat pengumuman fasa ketiga itu menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Jumaat petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

"Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar perubatan, saya mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020," katanya.

Tambah Muhyiddin, lanjutan tempoh PKP ini memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak itu dalam masyarakat.

PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Malah, ia juga selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP dalam jangka masa terlalu awal.

"PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan Covid-19.

"Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif adalah terkawal pada kadar tujuh peratus iaitu di bawah benchmark 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO.

"Kadar kematian akibat wabak ini juga rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia.

"Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit Covid-19 telah pulih," ujarnya.

Untuk rekod, PKP fasa pertama bermula pada 18 sehingga 31 Mac lalu sebelum fasa kedua disambung bermula 1 April dan tamat pada 14 April ini.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain