PKP dilanjutkan atau tidak? Dijangka diketahui hari ini

Sekatan jalan raya sepanjang tempoh PKP. Foto Bernama

TEKA-teki status penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian pada Khamis, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan Covid-19.

Kemungkinan juga berkaitan dengan status PKP yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas mengharungi tempoh tiga minggu penguatkuasaan sejak 18 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak ada PKP, akan ada post PKP - “Kita tak nak rakyat bebas seperti biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Bersedia untuk duduk di rumah lebih lama

Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April.

Setakat Khamis perkembangan pandemik Covid-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 121 pesakit disahkan pulih iaitu melebihi jumlah kes positif 109 direkodkan menjadikan keseluruhan kes postif ialah 4,228 kes, dengan 67 kematian.

Sementara itu kadar pematuhan PKP adalah 97 peratus setakat semalam dan Polis Diraja Malaysia mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 setiap satu terhadap individu ingkar PKP. 

Dalam perkembangan yang sama, jumlah keseluruhan zon merah di seluruh Malaysia ketika ini sebanyak 24 kawasan iaitu lokasi mencatat kes positif Covid-19 melebihi 41.

Sehingga kini, sebanyak empat lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor), dan tiga bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Simpang Renggam merupakan lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19 kini dilanjutkan sehingga 14 April.

Selain itu, setakat Khamis (9 April) tiga negeri terus mencatat jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu Selangor (1,118 kes), Kuala Lumpur (699 kes) dan Johor (503 kes).

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat secara keseluruhannya untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini. - Bernama

PKP, PKPD, Covid-19, KKM

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain