Kalau tak ada PKP, akan ada post PKP - “Kita tak nak rakyat bebas seperti biasa”

Sekatan jalan raya yang dijalankan oleh polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang PKP.

KEPUTUSAN sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selepas 14 April hanya akan ditentukan selepas mempertimbangkan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Demikian tegas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya sekiranya tempoh PKP akan dilanjutkan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan KKM itu turut melibatkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

ARTIKEL BERKAITAN: PKP dilanjutkan? KKM perlu satu, dua hari lagi untuk analisa keseluruhan data - KP Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Bersedia untuk duduk di rumah lebih lama

“Jika PKP disambung atau tidak barulah saya akan perjelaskan. Bagaimanapun, persediaan kita ada,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Walaupun PKP ditamatkan, beliau menjelaskan rakyat perlu terus mematuhi langkah-langkah pencegahan Covid-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.

“Kalau tidak ada PKP, kita akan ada post (pasca) PKP. Bila PKP ditamatkan, kita tak nak rakyat bebas seperti biasa.

“SOP-SOP tertentu mesti juga dipatuhi. Sebagai contoh, perhimpunan besar tidak dibenarkan walaupun PKP ditamatkan, termasuk cadangan majlis konvokesyen juga tidak dibenarkan.

“Apa saja perhimpunan yang menghimpunkan ramai orang serentak dalam satu-satu masa adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Orang ramai memakai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19. Foto Bernama

Menurut laporan pada Rabu, kerajaan dijangka mengumumkan status PKP dalam tempoh 72 jam iaitu pada Jumaat.

Terdahulu, KKM masih memerlukan beberapa hari lagi untuk melengkapkan data sebelum memberi pandangan sekiranya PKP wajar dilanjutkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata apa jua pandangan pihaknya perlu berdasarkan kepada fakta dan penjelasan saintifik.

PKP mula dikuat kuasakan pada 18 Mac hingga 31 Mac lalu, sebelum ia dilanjutkan ke fasa kedua, dari 1 April hingga 14 April.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Simpang Renggam, Kluang di Johor yang bermula pada 26 Mac dilanjutkan sehingga 14 April. 

Ditanya sama ada Rembau, Negeri Sembilan akan dilaksanakan PKPD berikutan terdapat sub-kluster berkaitan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, beliau berkata, ia akan ditetapkan berdasarkan keputusan dan nasihat KKM.

PKP, PKPD, KKM, konvo

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain