Tampar, maki anggota polis ketika ‘roadblock’, lelaki 55 tahun direman empat hari

Lelaki berusia 55 tahun direman empat hari kerana mencederakan anggota polis ketika sekatan jalan raya. Foto: The Star

GARA-GARA mencederakan seorang anggota polis yang bertugas melakukan sekatan jalan raya, seorang lelaki berusia 55 tahun direman selama empat hari bermula Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, lelaki terbabit telah menampar dan melemparkan kata-kata kesat kepada anggota polis tersebut semasa sekatan jalan raya di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Malim Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingkar PKP: Heret ke mahkamah jika gagal bayar kompaun RM1,000 dalam masa 2 minggu - Ismail Sabri

Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang  Rabu (8 April) di mana polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

ACP Afzanizar berkata suspek yang ketika itu memandu kereta Proton Iswara mengikuti rapat sebuah ambulans yang diberi pelepasan sekatan jalan raya.

Ketika ditahan, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan bertindak kasar.

"Anggota saya mengalami kecederaan pada pipi kiri dan memerlukan rawatan di Hospital Melaka," katanya pada Khamis.

ACP Afzanizar berkata lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis Malim.

Beliau menambah kes tersebut disiasat di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - THE STAR

PKP, roadblock, tampar, polis, reman

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain