suria

“Silalah jadi runner yang sudi dibayar sedikit” - Upah RM10 dianggap mahal, ustazah ‘ceramah’ pelanggan kedekut

Ada individu yang tak sanggup membayar upah RM10 kepada runner dan menyifatkan harga itu mahal.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ketiga bagaikan menjadi lubuk rezeki buat mereka yang bekerja sebagai rider dan runner.

Antara yang mendapat sambutan tentunya khidmat penghantaran makanan serta khidmat pembelian barangan keperluan harian.

Namun, tular di Facebook apabila ada seorang pengguna yang cukup berkira dan menyifatkan upah RM10 untuk khidmat runner sebagai mahal dan tidak berpatutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat nak bantu duit, gadis cipta tagline rare tolong promo bisnes boyfriend - “Sampai bila kami nak bergelumang dosa ye tak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

Paparan skrin perbualan antara runner dan seorang pembeli itu tular di Facebook setelah ia dikongsi oleh seorang guru pengajian al-Quran, Norshakiran Nordin.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 1,000 perkongsian dan dihujani ratusan komen netizen.

Menurut Norshakirah, dia berkongsi hal itu bagi membangkitkan isu penindasan kerana kurang senang dengan tindakan pembeli tersebut.

Posting Norshakirah yang tular di Facebook.

"Sebenarnya saya ternampak orang lain post. Saya just save gambar tu, then buat status. Itu je. Saya tak tahu siapa pemilik gambar tu.

"Seperti apa saya tulis, saya mahu pembeli tu letak diri dia di tempat runner. Sanggupkah dia dibayar dengan jumlah yang sedikit selepas berpanas, berpenat, dan terdedah dengan bahaya virus Covid-19 ni?

"Kalau sanggup, silalah jadi runner yang sudi dibayar sedikit," ujar Norshakirah sewaktu dihubungi mStar.

Jelasnya lagi, jika runner berkenaan merupakan ahli keluarga sendiri, sanggupkah kita membayar mereka dengan harga yang cukup murah?

Ingatlah, runner tu pun ada ahli keluarga yang dia nak sara, yang dia nak bagi makan. Jangan kedekut sangat. Allah dan janji kan?

NORSHAKIRAH NORDIN

GURU PENGAJIAN AL-QURAN

Malah katanya, pembeli juga harus mengambil kira aspek kelangsungan hidup runner yang memerlukan wang untuk menyara kehidupan.

"Anggaplah runner yang kita upah ni macam adik beradik kita sendiri. Sanggup tak kita nak bayar dengan jumlah yang sedikit, yang tak setimpal pada ahli keluarga sendiri?

"Ingatlah, runner tu pun ada ahli keluarga yang dia nak sara, yang dia nak bagi makan. Jangan kedekut sangat. Allah dan janji kan?

"Satu kita bagi, 10 Allah bagi balik. Kenapa takut nak bagi lebih? Niatlah sedekah. Pahala dapat, seronok pun dapat," ujarnya.

Norshakirah mencadangkan diwujudkan harga standard agar tiada lagi runner yang ditindas.

Dalam pada itu, Norshakirah turut memberi saranan penetapan harga standard agar tiada lagi runner yang menjadi mangsa penindasan pembeli tidak bertanggungjawab.

"Contohnya, RM5 untuk sekian-sekian radius. Untuk hantar sahaja. RM10 untuk sekian-sekian radius, untuk hantar sahaja.

Norshakirah memberi nasihat kepada masyarakat agar lebih menghargai kerja runner dan tidak menganiaya mereka dengan upah yang rendah.

"Sekiranya melibatkan pembelian barang, ambillah upah runner berserta upah beli barang. Ambillah upah dari segi percentage. Contohnya 10 peratus dari total harga barang. Supaya tak dianiaya," ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor.

Bercerita mengenai dirinya, Norshakirah mengusahakan kelas pengajian al-Quran secara dalam talian dan kelas Tarannum di Sungai Chua, Kajang.

Mendapat permintaan yang amat menggalakkan, pelajar Norshakirah juga terdiri daripada individu di Malaysia serta yang berada di Taiwan, Switzerland dan Qatar.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Norshakiran Nordin, runner, upah, PKP

Artikel Lain