suria

Tak dapat nak bantu duit, gadis cipta tagline rare tolong promo bisnes boyfriend - “Sampai bila kami nak bergelumang dosa ye tak?”

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana sejak 18 Mac lalu membawa rezeki buat mereka yang bekerja sebagai rider dan runner.

Selain penghantaran makanan, mereka turut menyediakan khidmat membeli barangan keperluan seperti barang dapur serta urusan penghantaran barang dan dokumen-dokumen penting.

Di Twitter misalnya, tular perkongsian gadis ini mengenai teman lelakinya yang baru sahaja berjinak-jinak sebagai runner sejak lima hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

"Assalamualikum minta jasa korang tolong bisnes boyfriend saya untuk menghalalkan saya. Sampai bila kami nak bergelumang dengan dosa ye tak?

"Jadi setiap retweet kalian membantu halalkan hubungan dosa kami," tulis Nayli Amalia Halimie sehingga dikongsi lebih 5,700 pelayar Twitter.

Bercerita kepada mStar, gadis berusia 23 tahun itu mengakui kapsyen yang ditulis sekadar gurauan semata-mata.

Naylie bersama Muhammad Danial Rahimi.

Malah katanya, dia tidak menyangka perkongsian itu menerima respon ramai.

"Sebelum ni teman lelaki kerja syarikat perkapalan di Johor. Dia balik sini sebab syarikat tutup sementara PKP. Buat sementara waktu dia jadi runner.

"Saya pun tak kerja lagi, baru habis belajar. So saya tolong ambil order, dia jadi runner. Masa first day agak ramai pelanggan, second day kurang sikit.

Semoga semua orang duduk rumah, biar runner je yang keluar pergi beli. Saya juga harap agar Covid-19 berakhir.

NAYLI AMALIA HALIMIE

TEMAN WANITA

"Jadi saya dan kawan sama-sama fikir ayat untuk promote khdimat runner tu, tak sangka jadi viral di Twitter," ujarnya.

Kata Nayli, dia menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor manakala teman lelakinya, Muhammad Danial Rahimi Azizi, 21, menetap di Sri Kembangan.

Dalam respon luar biasa yang diterima di media sosial, Nayli bersyukur tiada sebarang komen negatif dilemparkan setakat ini.

Antara barang yang dibeli jejaka itu buat pelanggannya.

Malah, ramai netizen yang mendoakan mereka dimurahkan rezeki agar dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

"Kami baru kenal setahun. Kenal dari kawan kepada kawan. Memang ada plan nak kahwin tahun depan. Tengoklah kalau ada rezeki.

"Dia jadi runner dalam lima hari ni, dia kata susah juga beli barang dapur. Tapi tak apalah belajar dari sekarang, nanti dah kahwin senang," ujar Nayli berseloroh.

Posting Nayli yang tular di Twitter.

Menurut Nayli, teman lelakinya membuat khidmat runenr di sekitar Serdang, Puchong, Bangi, Bandar Baru Bangi dan Kajang.

Mengulas PKP yang sedang berlangsung, Nayli juga tidak sempat lagi berjumpa dengan lelaki itu semenjak kepulangannya sekitar seminggu lalu.

Kata Nayli, dia dan teman lelakinya patuh arahan dikeluarkan kerajaan dan hanya bersemuka secara maya menggunakan telefon sahaja.

"Semoga semua orang duduk rumah, biar runner je yang keluar pergi beli. Saya juga harap agar Covid-19 berakhir. Kita nak raya kan... siapa ada kampung nak balik ke kampung," ujarnya yang sebelum ini belajar kursus jahitan di Giat Mara Serdang.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak