suria

Dicerai talak 3 ketika hamil, ‘bergelut’ naik turun mahkamah bawa perut... wanita titip pesanan kepada bekas suami menggelabah nak jumpa anak!

Erin meluahkan perasaannya di Twitter selepas lama berdiam diri dengan perbuatan bekas suaminya itu.

MEMBESARKAN anak yang masih kecil seorang diri bukan tugas mudah.

Namun kehadiran seorang anak lelaki yang kini berusia lima bulan ternyata menjadi kekuatan kepada ibu tunggal ini.

Kisah perjalanan hidup ibu muda berusia 22 tahun ini dalam membesarkan anaknya yang masih kecil itu mendapat 29,100 ulang kicau dan 43,800 tanda suka di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati remuk sakit ‘corona cinta’! Alasan ‘low key’ pakwe terbongkar pada hari pertama PKP - “Patutlah tak repost gambar...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

Rata-rata meluahkan simpati dengan nasib menimpa wanita itu.

Menurut wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Erin, dia diceraikan ketika kandungannya berusia tiga bulan.

"Aku diceraikan dengan talak tiga ketika kandungan masuk tiga bulan.

Anak lelaki Erin kini sudah berusia lima bulan.

"Dia juga doakan aku mati time bersalin dan tak mengaku anak yang aku kandungkan itu anak dia. Dia sikit pun tak ada ambil tahu pasal kandungan.

"Tapi Allah tak makbulkan doa dia. Allah bagi aku panjang umur untuk jaga anak ini sebagai amanah-Nya," katanya dalam satu luahan di Twitter.

Namun sebaik saja anaknya itu dilahirkan, Erin berkata bekas suaminya mula 'menggelabah' mahu berjumpa dengan zuriatnya itu.

Tapi kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau. Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah dia dapat bapa macam kau.

ERIN.

"Allah maha adil. Allah keluarkan anak lelaki aku muka sama macam dia. Sekarang dia menggelabah k*** nak jumpa.

"Menggelabah nak anak aku berbinkan dia sedangkan sikit pun tak ambil tahu, sikit pun tak tanya khabar.

"Tengok kuasa Allah bagi anak ni keluar muka macam kau sebab apa? Sebab takut kau tak mengaku dia anak kau," katanya.

Erin berkongsi kisah hitam dilaluinya di Twitter.

Disebabkan perkara itu, Erin terpanggil untuk meluahkan perasaannya yang terpendam selama ini di Twitternya.

"Saya bersuara kali ini sebab ibu mana yang tak sakit bila anak sendiri dilabel entah anak siapa. Cukup benci, hina dan fitnah aku sahaja, bukan anak aku.

"Tapi kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau. Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah dia dapat bapa macam kau.

"Ingat jangan sampai suatu hari nanti kau kahwin lagi tapi tak dapat zuriat. Time tu kau kena kenang balik apa kau dah buat dekat anak kau yang pada awalnya kau hina dia anak orang lain," katanya.

Meskipun membesarkan anaknya seorang diri, wanita berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui kehidupannya kini lebih bahagia.

"Kau boleh sembang dusta dekat sesiapa pasal aku tapi kau tengok sendiri, Allah tunjuk satu-satu.

Erin terkilan apabila bekas suaminya mula mengakui anak lelakinya itu adalah zuriatnya selepas dilahirkan.

"Dulu kau susahkan aku time mengandung naik turun mahkamah dengan bawa perut sebab kau tak nak bagi kerjasama, aku yang kena urus semua.

"Kali ini Allah bagi aku bahagia yang tak terhingga dengan anak aku tanpa kau. Syukur," katanya.

Sementara itu, netizen turut mendoakan agar Erin terus tabah dan diberi kekuatan untuk membesarkan anaknya.

"Subhanallah comelnya awak ni. Beruntungnya awak ni dilahirkan dari rahim seorang wanita yang kuat dan tabah. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, sayang dan jaga ibu dengan baik. InsyaAllah. Stay strong sis! Take care," kata Wanie.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cerai, talak tiga, Erin, kandungan

Artikel Lain