suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Korang jangan stres sangat” - TikToker Iman buat video parodi supaya orang ketawa, tiada niat sindir sesiapa

SERING memuat naik video parodi di TikTok, ada netizen mendakwa perkongsian lelaki bernama Iman ini merupakan sindiran melampau.

Mengulas mengenai perkara itu, Iman atau Muhammad Eizman, 24, berkata dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak dalam videonya sebaliknya hanya dibuat sebagai satu bentuk hiburan.

“Setiap kali saya membuat video saya ingin menghiburkan orang, saya tidak menyindir atau menghina mana-mana orang atau bangsa.

“Saya hanya membuat konten berdasarkan isu semasa, saya juga ingin memberi peringatan kepada penonton-penonton saya.

“Saya tidak mahu mempengaruhi orang ramai dengan perkara yang tidak elok,” katanya kepada mstar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi