Tak tahu perkembangan semasa, pakcik gigih jalan kaki jinjing 2 plastik besar... rupa-rupanya ada plot twist selepas selit RM20 dalam kereta lelaki budiman

Kisah seorang warga emas yang menumpang kereta seorang pemuda menjadi perbualan hangat di media sosial. Foto FB Izhar Ruslan/IG izharruslan

SAYU kisah seorang lelaki warga emas yang terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pemuda di laman sosial, hingga menjadi tular.

"Waktu perjalanan pulang saya nampak ada seorang lelaki lingkungan usia 50 hingga 60 tahun. Dia berjalan seorang diri," tulis pemuda itu menerusi halaman Facebook Izhar Ruslan, mengimbas semula kejadian pada Ahad lalu selepas membeli barang di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor.

Warga emas tersebut berjalan seorang diri sambil menjinjing dua beg plastik bersaiz besar, dipercayai turut berbelanja di sebuah pasar raya dekat Seksyen 13.

ARTIKEL BERKAITAN: Kata-kata anak 5 tahun buat si bapa gigih lalui journey 420km... 2 hari hanya jamah roti, air tin – "Sebak bila anak kata nanti tak boleh jumpa sampai bila-bila"

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan "Someone really did it"

Naluri seorang anak membuatkan hatinya tersentuh, sebelum bertindak memberhentikan kenderaan dan menegur warga emas berkenaan.

"Saya tanya ‘pakcik nak kemana ni?’. Ye lah, cuaca begitu panas waktu tu. 'Balik rumah dik' balasnya separa terkejut. Mungkin dia tak sangka ada yang berhenti tanya.

"Subang Bestari? Haa!? Jauhnya sampai ke sini? Meh saya hantar balik," ujar Izhar.



Kisah yang dikongsikan Izhar di laman sosial meraih lebih 2,000 perkongsian.

Semasa dalam perjalanan, Izhar mendengar kisah yang menyayat hati. Rupa-rupanya warga emas itu masih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di peringkat awal, iaitu hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar dan dia menjalankan tanggungjawabnya demi keluarga.

"Pakcik tu sebenarnya terlepas bas. Jadi, dia nekad pulang jalan kaki. Dahsyat. Sampai saja di rumahnya, pakcik tu turun dengan cermat. Buka pintu kereta saya pun penuh sopan.

"Saya ada juga tawarkan bantuan untuk angkat barang tersebut tapi ditolak cara baik. Katanya pertolongan saya itu dah terlalu besar padanya," ujarnya, yang kemudian menyedari terdapat dua helai kertas berwarna merah di celah pintu keretanya.

Izhar memberitahu, dia memberhentikan kenderaan apabila mendapati terdapat wang kertas berjumlah RM20 yang ditinggalkan warga emas berkenaan.

"Saya terus patah balik dan keluar berlari ke arah pakcik tu. Serba terkejut dia melihat saya dari jauh terjerit dan berlari. Saya beritahu ‘pakcik... tak cukup ni pak cik. Kurang RM5," katanya dengan nada tercungap, di akhir postingnya yang dikongsi lebih 2,000 kali.

Pengakhiran kejadian tersebut menimbulkan tanda-tanya netizen sehingga dia dikecam kerana tidak ikhlas membantu menumpangkan warga emas tersebut pulang ke rumah.



Antara reaksi netizen terhadap perkongsian Izhar.

Bercakap kepada mStar, Izhar atau nama sebenarnya Muhammad Izhar Ruslan tampil menjelaskan perkara sebenar susulan kontroversi yang tercetus akibat postingnya.

Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, kejadian yang diceritakan di laman sosialnya hanyalah rekaan semata-mata dengan niat untuk memberi motivasi kepada orang ramai mengenai nilai-nilai murni yang seharusnya dijadikan teladan seperti membantu orang dalam kesusahan.

"Sejak kebelakangan ini banyak kisah mengenai orang itu orang ini sanggup berjalan kaki kerana susah atau masalah yang dihadapi mereka.

Hanya kerana pengakhirannya begitu, menyebabkan keseluruhan cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni dilupakan tetapi terus menghukum dengan begitu mudah.

MUHAMMAD IZHAR RUSLAN

"Saya sengaja membuat ending kisah tersebut tergantung kerana mahu melihat reaksi orang ramai mengenai perkara tersebut untuk berfikir secara rasional.

"Hanya kerana pengakhirannya begitu, menyebabkan keseluruhan cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni dilupakan tetapi terus menghukum dengan begitu mudah.

"Kalau benar-benar berlaku, sudah tentu saya tetap berpatah balik dan pulangkan semula wang yang ditinggalkan pakcik itu," katanya yang merupakan penulis buku sambilan sejak 2012.



Izhar mahu memberi motivasi kepada masyarakat mengenai nilai-nilai murni menerusi kisah yang dikongsikannya. Foto FB Izhar Ruslan/IG izharruslan

Izhar yang bertugas sebagai pustakawan menjelaskan bahawa dia pernah melalui kejadian seumpamanya beberapa kali dan terbaharu adalah pada akhir tahun lalu.

"Masa tu saya memandu dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Nampak ada seorang lelaki berkain pelikat berjalan kaki di tepi jalan.

"Muka dia penat sangat. Jadi, saya tumpangkan dia ke masjid, yang terletak kira-kira 500 meter. Cuaca panas terik ketika itu boleh bayangkanlah macam mana penat dia," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain