suria

Sekolah lama ditutup, lambakan video TikTok di media sosial oleh pelajar dianggap menjengkelkan - “Saya tak suruh pun mereka tengok”

Adam tidak menyangka foto yang dimuat naik akan dikecam sebilangan individu di Twitter.

SEKOLAH patut dibuka semula!

Demikian kata beberapa individu di Twitter berikutan munculnya banyak video TikTok melibatkan golongan pelajar.

Difahamkan, ramai daripada golongan itu tampil dengan pelbagai kandungan video dengan adanya masa terluang selepas sesi persekolahan ditutup akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...”

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”


Terbaharu, video TikTok seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut menjadi tular dan menerima kecaman segelintir individu.

Dalam video berkenaan, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Adam memberikan empat sebab kenapa dirinya masih belum mempunyai kekasih.

Empat sebab itu kerana dia seorang Islam, bersifat menjengkelkan, tiada sesiapa mahu bercinta dengannya dan tidak memiliki rupas paras kacak.

Kalau diikutkan, tiada apa yang salah dalam video itu namun ramai yang kurang senang dan menganggap ia sebagai sesuatu yang memalukan.

Bercakap kepada mStar, pelajar berkenaan yang mesra disapa Adam mengakui sekadar menghasilkan video itu secara suka-suka sahaja.



Banyak video TikTok melibatkan pelajar sekolah dikongsi di laman sosial.

"Mula-mula saya tweet, saya kata kalau dapat 10 Retweet (ulang kicau) saya akan post video TikTok.

"Tak tahu pula ramai yang akan kecam. Ayat 'seorang Muslim' tu sebenarnya saya nak maksudkan berpasangan (kekasih) tu haram.

"Di Twitter saya nyatakan umur 12 tahun, jadi ramai salah faham. Mereka kata cringe, tapi saya tak suruh pun mereka tengok TikTok tu," ujarnya.

Maaf sis kalau annoying dengan TikTok saya, tegurlah kalau saya salah.

ADAM

PELAJAR

Menurut Adam, dia turut menerima komen dalam bentuk makian dan diserang teruk namun kekal positif berhadapan hal itu.

Mengakui tidak kecewa, sedih atau terkilan, Adam menganggap segala komen yang diterima sebagai satu hiburan sahaja buat dirinya.

"Saya rasa semua benda tu kelakar je. Mereka maki saya je, cakap saya budak sekolah. Kalau nak tegur, tegurlah dengan cara betul," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, posting video Adam sehingga kini menerima hampir setengah juta tontonan di Twitter.



Antara komen-komen yang ditinggalkan di bawah posting video remaja itu.

Malah, Adam juga ada memuat naik tweet memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video dihasilkannya.

"Maaf sis kalau annoying dengan TikTok saya, tegurlah kalau saya salah," tulis Adam.

Jawab wanita itu, dia tidaklah berasa kurang senang sebaliknya memberi nasihat agar dia tidak memeningkan kepala dengan urusan cinta pada usia muda.

Malah, ada juga netizen lain yang memberi cadangan agar akses internet kepada golongan remaja dan kanak-kanak disekat.

"Kita patut sekat kanak-kanak bawah umur menggunakan internet.

"Naik meluat aku tengok budan-budak sekolah kat Twitter ni. Sorry bitter sikit je.

"Saya benci keyakinan diri jenis begini.

"Buka sekolah cepat dan jangan bagi cuti panjang dah," tulis beberapa netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Adam, TikTok, sekolah, Covid-19

Artikel Lain