suria

“Saya tak tahulah, hati selalu nak tolong orang” - Rupa-rupanya ‘gadis first aid kit’ ada kisah hitam sehingga tukar kerja di Shell

Antara mangsa kemalangan yang dibantu Yasmin.

"WAH selalu bawa ke box medical tu?"

Demikian antara pertanyaan netizen terhadap seorang 'gadis Shell' yang berkongsi kisahnya membantu mangsa terlibat kemalangan di Twitternya.

Terbaharu kisah Nur Yasmin Khan Yazid membantu seorang posmen kemalangan dekat Jalan Kampung Kenanga, Rawang, berhadapan stesen minyak tempat dia bertugas mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aura di sebalik topeng! Ramai terpikat selepas tengok Fatin buat sanitasi, sanggup redah sekatan polis - “Ada suruh buka mask tapi saya segan”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kemalangan motor terpelanting di highway, tindakan remaja India buat jurutera ini ‘salute’ habis - “Muka dia nampak cukup bimbang”

Rata-rata kagum dengan keprihatinan gadis berusia 22 tahun itu.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia sering membawa peti pertolongan cemas ke mana saja dia pergi.

"Betul memang saya selalu bawa ke mana saja sebab risiko kemalangan selalu ada di mana-mana. Ada kes kemalangan berlaku semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja, selepas habis kerja dan masa tengah kerja pun ada.



Yasmin menerima sijil Kindness Hero Award daripada Shairan pada Selasa lalu.

"Kalau first aid box besar saya simpan dalam kereta manakala first aid kecil standby dalam motor. Saya pun tak tahulah hati saya selalu nak tolong walaupun orang tu bukan adik-beradik atau keluarga kita," katanya kepada mStar.

Mengenai tindakannya yang sering membantu orang lain terlibat kemalangan, Nur Yasmin atau mesra disapa Yasmin berkata tabiat itu bermula daripada pengalamannya sendiri pernah terlibat kemalangan tahun lalu.

"Sebenarnya saya dulu kerja dekat Hospital Selayang dan ada belajar basic pasal trauma. Bila tengok kemalangan saya kata kat diri sendiri 'kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong'.

"Dalam pada tu saya sendiri pernah ada pengalaman accident. Bila tengok orang just berlalu pergi, memang sedih. Apa guna mata dah nampak tapi tak tolong orang.

"Sebab tu saya tanam dalam diri, dalam kereta dan pada motor sentiasa ada first aid kit walaupun bukan untuk diri sendiri tapi boleh guna untuk bantu orang lain," katanya.



Yasmin gemar membantu orang lain kerana pernah ditimpa kemalangan pada tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman ditimpa kemalangan, Yasmin berkata dia masih lagi trauma dan memilih untuk meninggalkan kariernya sebagai kerani diet di hospital tersebut.

"Waktu tu saya kemalangan dekat Templer Park masa nak pergi kerja dekat Hospital Selayang pukul 4 pagi. Waktu tu jalan gelap tak ada siapa.

"Saya terjatuh selepas mengelak sebuah kereta yang cuba nak meragut beg saya. Nasib baik kereta tu tak berhenti sebab ada lori dekat belakang.

Dalam pada tu saya sendiri pernah ada pengalaman accident. Bila tengok orang just berlalu pergi, memang sedih. Apa guna mata dah nampak tapi tak tolong orang.

NUR YASMIN KHAN YAZID

Penyelia

"Bayangkan dalam gelap tu saya ‘first aid’ diri sendiri, tahan ajelah sampai orang lain datang bantu. Sejak tu saya trauma dan parents suruh berhenti kerja dan saya cari kerja dekat dengan rumah di Rawang," katanya.

Sepanjang tujuh bulan bekerja sebagai penyelia di stesen minyak tersebut, Yasmin berkata dia membantu lebih kurang 12 mangsa kemalangan di lokasi panas itu.

"Kiranya 12 kes kemalangan yang saya tolong. Pernah juga masa tengah jaga kaunter pun saya lari kejap. Traffic light lokasi kerap kemalangan tu betul-betul depan stesen minyak tempat saya bekerja.



Yasmin tidak menduga tindakannya itu mendapat perhatian Shairan.

"Jadi bila dah viral barulah polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) buka mata, datang tengok lokasi kemalangan. Dekat traffic light tu memang kerap kemalangan sehingga ada kes maut.

"Lokasi tersebut sebenarnya tidak dibenarkan untuk buat u-turn tapi ramai tak endah sebab tempat u-turn sebenar jauh. Macam kes abang posmen tu sebab pemandu kereta buat u-turn tiba-tiba. Memang kuat bunyi dentuman," katanya.

Susulan kisahnya yang tular, Yasmin turut menerima kunjungan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani yang turut dikenali sebagai Pakcik Shell pada Selasa lalu.

"Memang tak expect langsung dia akan datang. Saya sendiri pun terkejut. Dia datang nak ucap terima kasih sebab naikkan nama syarikat.

"Dia juga bagi sijil Kidness Hero Award dengan hamper sekali. Dia pesan juga kat saya supaya jangan berhenti menolong orang lain," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain