suria

Imarahkan rumah seperti masjid, adik bongsu tak sedar bilal kacak kelahiran UK sedang rakam video azan - “Dia memang manja”

Naseem dihampiri adiknya secara tiba-tiba sewaktu sedang mengalunkan azan.

SITUASI semasa yang melanda negara memaksa aktiviti di rumah-rumah ibadah dihentikan buat sementara waktu.

Namun, ia tidak menghalang kita semua untuk terus beribadah di rumah bersama keluarga masing-masing.

Begitu juga dengan pelajar lelaki ini apabila video dia sedang mengalunkan azan Isyak sebelum solat berjemaah dengan keluarganya mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran!

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak ‘test’ saja, jejaka bersuara merdu ini menggigil diminta laung azan oleh bilal masjid di Mesir... terus dilamar gadis Indonesia

Dalam video itu, Naseem Syarafi Mohamed Fadzli, secara tiba-tiba dihampiri dan dipeluk oleh adik bongsunya yang berusia 12 tahun.

Malah, adiknya itu langsung tidak menyedari pemuda berusia 22 tahun itu sedang membuat rakaman azan.

"Masa tu nak solat berjemaah kat rumah nenek. Ayah suruh azan, dia nak suruh buat keadaan macam di masjid.

Naseem bersama adik bongsunya yang berusia 12 tahun.

"Adik saya memang macam tu, dia manja dengan saya, tapi dia tak tahu saya sedang rakam video. Kemudiannya saya kongsi di Instagram," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Naseem, pelajar bidang pengajian al-Quran dan sunnah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ini juga mendedahkan pernah menjadi imam masjid di kampungnya.

Saya juga tak menolak kalau ada rezeki dalam bidang lakonan. Tapi saya mahu ada kerjaya tetap suatu hari nanti.

NASEEM SYARAFI MOHAMED FADZLI

PELAJAR/MODEL SAMBILAN

Naseem juga merupakan model Islamik secara sambilan dan kini menetap di Machang, Kelantan bersama keluarganya.

"Pernah juga jadi imam, untuk masjid kat kampung. Modelling ni saya buat secara sambilan dari tahun lepas.

Naseem mula menjadi model sambilan sejak tahun lepas.

"Saya juga tak tolak kalau ada rezeki dalam bidang lakonan. Tapi saya mahu ada kerjaya tetap suatu hari nanti.

"Apa yang penting, keluarga mahu saya fokus pada pelajaran," ujarnya yang dilahirkan di United Kingdom (UK).

Naseem kini menuntut dalam bidang pengajian al-Quran dan sunnah.

Bercakap mengenai persiapan raya, anak kedua daripada lima beradik itu hanya mempunyai sepasang sahaja baju Melayu.

Namun katanya, dia berhasrat untuk menambah lagi sepasang baju tradisional itu memandangkan Aidilfitri disambut secara sederhana sahaja tahun ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain