suria

TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”

Foto-foto lama Rahayu dihasilkan dalam bentuk kompilasi video di TikTok oleh anaknya sehingga ia menjadi tular.

MASIH kelihatan cantik biarpun sudah berusia 41 tahun, kini koleksi gambar zaman mudanya tiba-tiba menjadi tular di media sosial.

Begitulah situasi dihadapi Rahayu Razali, ahli perniagaan yang juga ibu kepada lima cahaya mata dari Kota Bharu, Kelantan.

Segalanya bermula apabila video kompilasi foto zaman mudanya dikongsi di aplikasi video popular TikTok sebelum ia ditularkan pula di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua!

ARTIKEL BERKAITAN: "Mula-mula saya sangka Tok Ma 'awek' suami..."

Bercakap kepada mStar, Anessa Mazleen Anuar yang juga anak sulung kepada Rahayu mengakui terkejut apabila ibunya menjadi perhatian ramai netizen.

"Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adik-adik saya bosan kat rumah, mereka selongkar album-album gambar lama.

"Mula-mula dikongsi dalam grup WhatsApp keluarga je. Lepas tu adik saya edit dan post di TikTok. Kemudian ada orang share pula di Twitter," ujar gadis berusia 21 tahun itu.

Rahayu kini mengusakan sebuah restoran makanan Thailand di Kelantan.

Mesra disapa Mazleen, dia berkata video itu baru sahaja dihasilkan beberapa hari lalu.

Malah, ia kini merekodkan hampir setengah juta tontonan di TikTok dan lebih 269,000 tontonan di Twitter.

Kata Mazleen lagi, dia bagaimanapun terharu dan berterima kasih apabila ramai yang memperkatakan tentang rupa paras ibunya.

Dia selalu suruh baca al-Quran, baca surah Yassin. Mami memang dah amalkan dari muda, setiap hari baca Yassin.

ANESSA MAZLEEN ANUAR

ANAK SULUNG RAHAYU

"Saya tak jangka orang akan bagi reaksi macam tu. Ramai je orang lain yang cantik. Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik.

"Dia selalu suruh baca al-Quran, baca surah Yassin. Mami memang dah amalkan dari muda, setiap hari baca Yassin, pagi sebelum subuh baca al-Quran.

"Mami juga pencinta kopi," kata Mazleen yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Rahayu bersama suami dan anak-anak.

Bercerita lanjut mengenai ibunya, wanita itu sudah 11 tahun mengusahakan kedai bakeri dan kini menjalankan perniagaan restoran makanan Thailand di Kota Bharu sejak pertengahan 2019.

Malah, ibunya juga turut menjadi pengasas kepada satu jenama produk kecantikan.

Dedah Mazleen lagi, ibunya mempunyai darah kacukan Cina, India dan berkahwin pada usia 18 tahun.

Sementara itu, rata-rata komen di Twitter bukan sahaja memuji kecantikan Rahayu ketika zaman anak dara, malah turut memperkatakan wajah terkininya yang disifatkan cukup awet muda.

Rahayu kini mempunyai lima cahaya mata.

"MasyaAllah bidadari yang telah berkahwin dan menjadi ibu.

"Definisi makin berumur makin lawa.

"Gadis zaman dahulu lagi cantik walaupun tanpa sebarang produk kosmetik dan filter kamera.

"Cantiknya ibu kamu," tulis beberapa netizen.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p
Rahayu Razali, awet muda, jelita

Artikel Berkaitan

Artikel Lain