suria

“Kalau cikgu marah anak saya, siap!” - Bapa ugut guru bagi banyak kerja sekolah ketika PKP, buat murid macam robot

Tindakan bapa kanak-kanak itu dikecam netizen selepas mesej audionya tular di media sosial.

SEJAK sekolah ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai guru terus berhubung dengan pelajar menerusi sistem pembelajaran atas talian.

Langkah ini dilakukan bagi memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Namun tidak semua ibu bapa gembira dengan pelaksanaan sistem pembelajaran dari rumah kerana ia dianggap membebankan anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesi persekolahan ditangguh hingga keadaan Covid-19 pulih – “Saudara sayangkan anak, saya pun ada cucu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Elok tak payah masuk kelas” - Cikgu ‘sekolahkan’ ibu terlebih sayangkan anak, minta update kerja sekolah dalam grup WhatsApp

Ini susulan mesej audio bapa seorang kanak-kanak yang tidak berpuas hati dengan kerja sekolah diberikan guru anaknya tular di media sosial.

Berdasarkan mesej audio dalam aplikasi WhatsApp itu, lelaki berkenaan memarahi guru anak lelakinya kerana didakwa memberikan kerja sekolah terlampau banyak.

"Assalamualaikum cikgu... saya ayah D****. Cikgu ni berapa banyak cikgu nak bagi kerja sekolah. Melampau-lampau cikgu ni kasi kerja sekolah. Yang cikgu dah kasi minggu lepas dah siap cikgu hantar-hantar lagi. 

Mesej audio berbaur ugutan bapa kanak-kanak itu tersebar di media sosial.

"Saya dah tak kasi anak saya buat kerja sekolah lagi. Tapi kalau saya tahu anak saya naik sekolah kalau cikgu marah ke cikgu apa-apakan dia, cikgu jaga. Saya tak kira kali ni. Melampau-lampau cikgu bagi kerja sekolah, cikgu ingat anak saya robot ke?," kata lelaki tersebut.

Mesej audio yang dikongsi seorang netizen mengenai tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa mendapat lebih 12,000 ulang kicau dan 7,600 tanda suka.

Rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak menghormati profesion seorang guru.

Tak nak bagi anak buat kerja sekolah satu hallah kan. Rasa nak 'gelapkan' masa depan anak sendiri. Tapi bahasa samseng... ugut cikgu tu memang tak boleh 'brain'. 'Blacklist' ja si bapa tu jejak kaki ke sekolah nanti. Aman sikit anak nak belajar.

SHAH.

"Syukurlah mak ayah aku dulu ajar hormat cikgu. Sekarang aku merasa keberkatan ilmu tu. Kesian anak dia ni, sebagai manusia walau sebersih mana hati cikgu tu pun,lepas dengar gini, tengok muka anak dia nanti tak banyak pun sikit ada rasa meluat. Kesian budak tu," kata Sj.

"Pendidikan awal kanak-kanak datangnya dari rumah. Kalaulah ibu bapanya dah tak betul, jangan ditanya jangan mengadu dan jangan menangis air mata darah kenapa anaknya jadi lagi teruk dimasa akan datang," kata Mohd Fikri.

Memburukkan lagi keadaan, lelaki tersebut turut mengugut untuk bertemu guru terbabit di sekolah sekiranya anaknya dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah diberikan.

Guru kini mengambil inisiatif untuk melakukan pembelajaran dari rumah susulan PKP sehingga 28 April ini.

"Lagi satu cikgu pesan dengan cikgu-cikgu lain jangan nak hantar-hantar kerja sekolah berapa banyak cikgu nak hantar. Mentang-mentang kerajaan bagi cuti cikgu hantar berlambak-lambak kerja sekolah.

"Cikgu ingat anak saya ni apa? Tak payah nak duduk diam, ada je kerja sekolah. Lagi satu saya pesan kat cikgu, cikgu pesan dengan cikgu lain, saya dah tak nak suruh anak saya buat kerja sekolah lagi. Tapi naik sekolah kalau cikgu marah-marah anak saya, cikgu siap," katanya.

Beberapa netizen turut meluahkan rasa kasihan kepada anak lelaki tersebut disebabkan perbuatan buruk bapanya itu.

"Tak nak bagi anak buat kerja sekolah satu hallah kan. Rasa nak 'gelapkan' masa depan anak sendiri. Tapi bahasa samseng... ugut cikgu tu memang tak boleh 'brain'. 'Blacklist' ja si bapa tu jejak kaki ke sekolah nanti. Aman sikit anak nak belajar," kata Shah.

"Malunya aku kalau jadi anak dia. Tahap malunya sampai tak boleh nak angkat muka dengan cikgu-cikgu lain. Kekadang anak tak lebih-lebih mak bapak yang over, tak nak kasi anak pinjam handphonelah tu untuk buat homework online," kata Murni.

Sistem pembelajaran atas talian adalah satu langkah diambil guru-guru untuk memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Ni sebenarnya dia yang malas nak ajar anak dia buat homework. So dimarah cikgu sebab bagi homework. Tak tahan mengajar anak sendiri agaknya. Baru dia sedar anak dia tu tahap mana cerdiknya. Eloklah cikgu tak yah ambil tahulah anak dia tu. Pandailah nanti bapanya mengajar," kata Miyauyau.  

Pada petang Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak Covid-19.

Susulan itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh PKP atau sehingga sekolah dibuka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain