suria

“Elok tak payah masuk kelas” - Cikgu ‘sekolahkan’ ibu terlebih sayangkan anak, minta update kerja sekolah dalam grup WhatsApp

Sebahagian jawapan balas guru itu di WhatsApp.

SEIRING peredaran zaman, kerjaya sebagai guru juga dilihat semakin mencabar.

Bukan sekadar menurunkan ilmu kepada murid, kerenah ibu bapa juga kadang-kala boleh membuatkan guru pening kepala.

Bukan pertama kali tular, malah isu permintaan yang bukan-bukan dalam kalangan ibu bapa terhadap guru kerap dilaporkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak halal ilmu pada murid, pensyarah minta pendidik jaga kata-kata - “Ada cikgu panggil pelajar ahli neraka”

ARTIKEL BERKAITAN:  Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami”

Terbaharu, satu lagi paparan skrin perbualan WhatsApp antara seorang ibu dan guru menjadi tular di laman sosial.

Ia ternyata menimbulkan perdebatan ramai, tak kurang yang menyalahkan wanita itu kerana kurang cakna terhadap aspek pelajaran anak mereka.

"Saya nak minta jasa baik semua guru yang mengajar kelas 1 P****ta untuk update kerja sekolah dalam group WhatsApp boleh tak?

"Sebab susahlah banyak kerja anak saya mistake tak siap salin, tak tanda muka surat dalam buku latihan," tulis seorang wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.

Permintaan wanita itu ternyata tidak dilayan guru berkenanan.(Gambar Hiasan).

Jawapan tegas guru itu bagaimanapun ternyata menghampakan apabila dia enggan bertindak sebagaimana diminta oleh individu tersebut.

Menurut guru berkenaan, jika dilakukan sedemikian, murid pastinya akan mengambil mudah tanggungjawab mereka di sekolah.

"Kalau saya maklumkan dalam group sekolah, murid akan ambil mudah tanggungjawab dia di sekolah.

Betullah tu apa cikgu tu cakap. Zaman sekarang budak-budak terlampau manja, sampai buku untuk kelas pun mak ayah yang susunkan dalam beg.

NETIZEN

"Itu perkara biasa. Puan nak ke anak puan sampai darjah 6 menulis perlahan? Tak peka arahan?

"Maaf ya puan, kalau puan masih tak berpuas hati, boleh jumpa saya di sekolah," tulis guru itu panjang lebar di WhatsApp.

Tidak diketahui lokasi sekolah serta identiti guru dan wanita berkenaan, paparan skrin itu bagaimanapun tular di Facebook dan Twitter.

Posting ini tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Malah, netizen turut meninggalkan pelbagai komen mengenai isu itu.

"Dulu sekolah sampai bengkak-bengkak tangan menulis. Berkat cikgu dulu mengajar. Tegas, ramai yang berjaya walaupun dari kelas belakang. Malah ikatan dengan guru tak putus.

"Elok anak murid tak payah masuk kelas je. Tunggu dekat rumah tengok group WhatsApp apa kerja sekolah yang cikgu suruh buat.

"Betullah tu apa cikgu tu cakap. Zaman sekarang budak-budak terlampau manja, sampai buku untuk kelas pun mak ayah yang susunkan dalam beg," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
guru, ibu bapa, group WhatsApp, sekolah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain