suria

Jangan ikut nasihat salah! Kata Dr Amalina... hand sanitizer berkesan bunuh virus Covid-19 tapi tak boleh ganti amalan cuci tangan

Dr Amalina sering berkongsi maklumat kesihatan di media sosialnya.

SEJAK gelombang kedua wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara ini, rata-rata hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman serta topeng muka laris bak pisang goreng panas!

Tinjauan di beberapa farmasi dan pasar raya sekitar ibu kota mendapati kebanyakan bekalan produk itu sudah kehabisan stok.

Namun kecoh di Twitter apabila satu posting mendakwa penggunaan hand sanitizer untuk memerangi virus Covid-19 hanyalah sia-sia kerana cecair itu hanya bertindak membunuh bakteria bukannya virus.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan besar Covid-19 bunuh sistem dalaman manusia

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal tunai umrah kerana Covid-19, semua pihak diingat bersangka baik... “Ia kerugian, juga ujian kerana libatkan nyawa!” - Dr Izhar Ariff

Maklumat tidak benar yang tersebar itu bagaimanapun mendapat perhatian pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri.

Menurut Dr Amalina, cecair yang mengandungi 60 hingga 95 peratus alkohol berkesan untuk membersihkan tangan anda.

Dr Amalina menafikan dakwaan tidak benar yang tersebar di Twitter mengenai penggunaan hand sanitizer untuk memerangi wabak Covid-19.

"Maklumat mengenai Covid-19 ini tersebar di media sosial. Ini nasihat yang salah. Cecair pembasmi kuman yang mengandungi 60 hingga 95 peratus alkohol berkesan untuk membersihkan tangan anda.

"Ya mencuci tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah lebih baik terutamanya jika tangan anda kelihatan kotor. Namun menggunakan hand sanitizer lebih baik daripada tidak mencuci tangan anda sama sekali," katanya dalam satu bebenang di Twitter.

Tanpa selubung (envelope), virus ini tidak boleh hidup dan menyerang sel badan kita. Itulah sebabnya menggunakan cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan dengan sabun berkesan.

DR AMALINA CHE BAKRI.

Bagaimanapun Dr Amalina mengingatkan bahawa cecair pembasmi kuman tidak boleh menjadi pengganti kepada tabiat mencuci tangan.

"Sila ingat hand sanitizer tidak boleh menjadi pengganti kepada amalan mencuci tangan tetapi hanya digunakan jika anda tidak boleh mencuci tangan anda.

"Apa pun sentiasa ingatlah untuk mencuci tangan anda dengan kerap!," katanya.

Jadikan mencuci tangan sebagai amalan harian untuk mengelak dijangkiti virus berbahaya ini.

Jelas Dr Amalina lagi, Covid-19 adalah daripada jenis 'enveloped virus" yang mempunyai lapisan lemak (lipid membrane) pada permukaan luarnya.

"Tanpa selubung (envelope), virus ini tidak boleh hidup dan menyerang sel badan kita. Itulah sebabnya menggunakan cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan dengan sabun berkesan," katanya.

Amalan mencuci tangan dengan kerap turut ditekankan Kementerian Kesihatan sejak penularan wabak itu hujung tahun lalu.

Jadi amalkan tabiat ini kerana dengan membasuh tangan menggunakan sabun, lapisan lemak pada virus itu boleh larut di dalam air sekali gus mematikan virus tersebut.

China merekodkan lebih 31 kematian terbaharu pada Khamis menjadikan jumlah yang maut akibat jangkitan itu melebihi 3,000 orang.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain