Pelajar Malaysia di Jepun dedah layan permintaan pelik pelanggan, disuruh beli pakaian dalam wanita... termos ‘Made in Malaysia’ pun laris!

Ezral Ghazali kini sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di University of Tsukuba, Jepun.

KEBIASAANNYA kalau kita beli barang seperti kasut, jersi bola atau beg sudah pasti anda akan ternampak tulisan 'Made in China'.

Lain pula yang ditemui seorang pemuda, Ezral Ghazali, 30, apabila dia menunjukkan salah sebuah rangkaian kedai kopi Starbucks di Jepun yang menjual termos buatan Malaysia.

"Beli mahal-mahal kat Jepun, sekali Made in Malaysia. Hahaha," katanya yang kini sedang menuntut di University of Tsukuba, Jepun dalam pengajian Doktor Falsafah (PHD) Kejuruteraan Alam Sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada ketuk cermin, lambai orang kat luar...” - Lelaki ini cemas terkunci dalam bank tengah malam, kongsi cara penyelesaian

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘buat hal’ pakai reben panjang, tetamu keliru majlis tak ikut adat sendiri - “Ada yang patah balik, ingatkan salah kenduri”

Bercerita lanjut kepada mStar, Ezral memberitahu dia sebenarnya melakukan kerja sampingan sebagai personal shopper untuk mengisi masa lapang dan mencari duit poket.

"Banyak produk yang dipesan melalui saya seperti jam tangan G-Shock, alat penjagaan kulit Hada Labo, dan yang paling kerap termos Starbucks.

"Termos Starbucks kat Jepun tak sama macam Malaysia. Pattern kat sini pun lebih cantik.

"Sekarang tengah musim bunga sakura. Minggu lepas saya balik Malaysia, saya perasan Starbucks Malaysia juga ada jual termos corak sakura tapi tak secantik seperti di Jepun. Patutlah ramai kirim termos daripada saya," ujarnya.

Ezral menjadikan 'personal shopper' sebagai kerja sambilannya sementara dia sedang menuntut di Jepun.

Tambahnya lagi, Starbucks di Jepun juga tidak mempunyai menu yang sama seperti di Malaysia.

"Kat Starbucks Jepun, tak jual Asian Dolce Latte, saya kalau nak minum kena balik Malaysia.

"Di sini pula ada menu yang tiada di Malaysia seperti Chai Tea Latte dan Sakura Latte memandangkan sekarang musim bunga sakura," ujar pemuda yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang itu.

Disebabkan rekaan yang menarik, Ezral telah memiliki tiga jenis produk keluaran Starbucks Jepun. 

Ezral juga memberitahu pelanggan yang membeli barangan daripadanya terdiri daripada adalah kenalannya namun ada juga yang meminta dibelikan produk 'pelik-pelik'.

"Ada yang pernah kirim kat saya pakaian dalam wanita, alasannya corak tu tak dijual di Malaysia, saya pun belikan je.

"Barang paling mahal yang pernah saya beli adalah seutas jam tangan G-Shock bernilai RM3,000," jelas Ezral.

Ada yang pernah kirim kat saya pakaian dalam wanita, alasannya corak tu tak dijual di Malaysia, saya pun belikan je.

EZRAL GHAZALI

Mengulas mengenai komen-komen netizen yang mengatakan tak perlu beli di luar negara kerana harganya mahal dan boleh didapati di Malaysia, Ezral mempunyai jawapannya sendiri.

"Termos itu dibuat sahaja di Malaysia kemudian dieksport ke Jepun. Hanya Starbucks di Jepun sahaja yang mempunyai lesen untuk menjual termos bercorak seperti itu. Kita bukan beli botol sahaja tetapi kita beli brand tu sekali.

"Anda tidak akan jumpa di Malaysia walaupun pengilangnya di sana," kata Ezral.

Posting Ezral Ghazali di laman sosial Twitter itu mendapat 2,200 retweet (ulang kicau) dan 4,100 tanda suka daripada netizen.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain