suria

“Saya ada ketuk cermin, lambai orang kat luar...” - Lelaki ini cemas terkunci dalam bank tengah malam, kongsi cara penyelesaian

Nabil yang terkunci memberitahu dia cuba memannggil orang yang lalu lalang namun tidak dilayan.

"SUDAH jatuh ditimpa tangga!"

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib malang yang menimpa Nabil Fikran Noor Hazly, 23.

Ketika dihubungi mStar, Nabil memberitahu, pada hari kejadian dia baru pulang dari kerja dan pergi ke bank untuk mengeluarkan wang kira-kira jam 1 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Meragam tak nampak ibu, bapa ‘kurung’ baby dalam almari... reaksi si kecil selepas kejadian sangat tak disangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan “rahsia cikgu” ada kisah di sebaliknya, perkongsian murid Tahun 5 ini undang simpati - “Hari ini giliran adik sebab ada PJ, saya pakai seluar sekolah la

Pada kebiasaannya, dia akan singgah mesin juruwang automatik (ATM) yang terletak di transit aliran ringan (LRT) Bangsar namun pada hari tersebut dia pergi ke Maybank cawangan di Mid Valley.

"Saya baru habis over time (kerja lebih masa), balik dah lambat lepas tu saya pergi ke bank nak ambil duit.

"Masa saya masuk pintu tak berkunci, bila saya baca mesin tergendala saya terus patah balik nak keluar tapi pintu tak boleh buka.

"Dah la duit tak dapat, terkunci pulak dalam bank, malang betul nasib saya" katanya.

Menurut Nabil, dia ada meminta bantuan orang awam yang lalu di hadapan bank tersebut, namun tidak dilayan.

Tweet Nabil mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan kejadian tersebut.

"Saya ada ketuk cermin, lambai-lambai orang kat luar tapi semua buat tak tahu je.

"Bila saya tweet, ramai orang menyakat saya suruh tidur situ sampai subuh," katanya.

Nabil yang terkunci hampir satu jam hanya berbaring dan bermain telefon di lokasi kejadian.

Menurut Nabil, dia ada menelefon pihak bank namun masih tidak mendapat  jawapan jelas tentang apa yang perlu dilakukannya.

"Masa saya telefon nombor bank, staf tu pun tak tahu nak unlock macam mana. Dia boleh tolong kalau ada masalah keluarkan duit, kad bank hilang atau kecurian sahaja.

"Saya tak boleh nak buat apa. Fikir masa depan, main Twitter sambil baring kat dalam tu," ujar Nabil.

Nabil memuat naik gambar ke media sosial Twitter menunjukkan dirinya yang sedang baring di dalam bank.

Nabil yang bekerja dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sebuah syarikat pakaian juga sempat terfikir untuk mengambil cuti pada keesokan harinya.

Malah dia sempat memberitahu abangnya, Amirul Aizat Noor Hazly, 26 tentang kejadian tersebut.

"Nasib baik abang saya datang dan tolong carikan guard. Dalam pukul 2 pagi macam tu saya dapat keluar dari situ. Guard tu beritahu saya yang sebelah pintu ada butang kecil untuk buka pintu kalau tersekat kat dalam.

"Manalah saya tahu, dekat butang tu pun tak ada tulis cara cara nak keluar kalau terkunci," katanya.

Nabil menunjukkan gambar butang yang perlu ditekan sekiranya terkunci di dalam bank.

Dalam pada itu, Nabil turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengelak daripada pergi ke bank pada jam 12 tengah malam selain menunjukkan gambar butang yang perlu ditekan sekiranya terkunci di dalam bank.

"Jangan masuk pukul 12 kalau tak nak kena kunci macam saya.

"Kalau tersangkut sila tekan butang ni. Ni butang untuk pintu automatik," jelasnya menerusi Twitter.

Masa saya telefon nombor bank, staff tu pun tak tahu nak unlock macam mana. Dia boleh tolong kalau ada masalah keluarkan duit, kad bank hilang atau kecurian sahaja

NABIL FIKRAN

Posting yang mendapat 23,400 retweet (ulang kicau) dan 26,700 tanda suka itu mendapat pelbagai respon yang menghiburkan daripada netizen.

"Jadi je la guard interim kejap satu malam Nabil," ujar seorang pengguna Twitter.

"Bila lagi nak tidur dengan duit banyak kat ATM tu," seorang lagi kata pengguna lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Maybank, terkunci, terperangkap

Artikel Berkaitan

Artikel Lain