Meragam tak nampak ibu, bapa ‘kurung’ baby dalam almari... reaksi si kecil selepas kejadian sangat tak disangka! - Viral | mStar

Meragam tak nampak ibu, bapa ‘kurung’ baby dalam almari... reaksi si kecil selepas kejadian sangat tak disangka!

Video yang tular tersebut dilakukan hanyalah sekadar gurauan si ayah.

LAIN ibu bapa, lain pula cara mereka mendidik anak. Pastinya setiap daripada kita mempunyai kenangan semasa kecil yang tak boleh dilupakan. Betul tak?

Ada ibu bapa yang membesarkan anak mereka dengan cara yang lembut dan ada juga yang bersikap tegas.

Walau apa pun caranya, ibu bapa semestinya mahukan yang terbaik buat anak mereka dan dalam apa juga keadaan, pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' wajar menjadi teladan.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu kongsi foto dan nama anak keduanya - “Semoga kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza rancang anak kedua

Begitulah yang dapat digambarkan menerusi sebuah video yang tular di Twitter pada Ahad lalu yang memaparkan seorang bapa meletakkan anaknya di dalam almari pakaian.

Nur Shahira Jafery, 26, ketika dihubungi mStar berkata, perbuatan itu sebenarnya hanyalah gurauan suaminya yang sedang melayan kerenah anak mereka, Izz Darwish Zuleskandar yang baru berusia empat bulan.

"Masa tu saya dalam tandas, Darwish tak berhenti menangis sebab tak nampak saya. Jadi suami saya letak dia dalam almari nak bagi dia diam.

"Lepas dia duduk dalam tu, terus dia berhenti menangis sambil buat muka blur macam nak cakap 'apa salah aku'.

Darwish merupakan anak sulung kepada Nur Shahera dan Zuleskandar yang mendirikan rumah tangga pada akhir 2018.

"Selepas kejadian itu Darwish jadi seronok apabila setiap kali diletakkan di dalam almari," kata Shahira.

Shahira memberitahu cahaya mata sulungnya itu rapat dengannya memandangkan dia berniaga tudung dari rumah manakala suaminya, Zuleskandar Rosli, 26 pula bekerja sebagai guru di sekolah antarabangsa.

"Kalau hujung minggu, suami saya yang lebih luangkan masa dengan anak. Darwish pun suka bermain dengan ayahnya. Kalau nampak ayah balik kerja, dia mula tersengih-sengih," jelas Shahira.

Izz Darwish Zuleskandar baru berusia empat bulan.

Tambah Shahira lagi, apabila Darwish meragam, dia akan berikan susu, namun sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zuleskandar.

"Suami saya suka main-main dengan baby kalau nak bagi Darwish berhenti meragam. Ada sekali tu masa tengah menangis, dia letak Darwish atas iron board (papan seterika).

"Suami saya juga ada cakap yang dia tak nak terlalu manjakan Darwish memandangkan dia anak lelaki. Namun tidaklah sampai mencederakan atau menengking anak," ujarnya.

Suami saya juga ada cakap yang dia tak nak terlalu manjakan Darwish memandangkan dia anak lelaki. Namun tidaklah sampai mencederakan atau menengking anak.

NUR SHAHIRA

Ditanya mengenai reaksi negatif netizen berkaitan perbuatan suaminya meletakkan Darwish di dalam almari, Shahira menjelaskan tindakan suaminya itu bukanlah bertujuan untuk menghukum atau mendera anak mereka.

"Kami sendiri tahu apa had untuk bergurau dengan anak. Kadang-kadang, saya sendiri tak sampai hati nak marah, dan rasa kesian pun ada bila tengok dia kena marah," katanya.

Video yang tular tersebut telah mendapat 126,800 tontonan serta 6,500 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen juga terhibur dengan perbuatan tersebut.

"Hahahhahaha comel. Harap dapat suami macam ni tak dak la anak menangis dia pergi keluar lepak dengan kawan dia," kata salah seorang netizen.

"Hahaha daddy garang. Nah is cool actually i pun buat anak buah macam itu," tambah netizen lain.

Darwish , almari , bayi , ibu bapa

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain