“Kenapa nak kena pressure kejar ijazah?” - Pencapaian akademik tak jamin gaji lumayan, dapat kerja... usahawan bikin kontroversi

Presiden Pemangkin, Muhd Hafizuddin Yusoff atau Sir Hafiz mempunyai pendekatan dan buah fikiran berbeza dalam usahanya membantu generasi muda yang ingin menjana sumber pendapatan yang lebih. Foto: Ihsan Pemangkin

RAMBUT sama hitam, hati lain-lain!

Melihat ungkapan ini, maka tidak hairanlah dalam kalangan kita sering wujud perbezaan pandangan atau pendirian dalam isu tertentu, malah ada yang sanggup berdebat dengan rakan baik sendiri hanya untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Presiden Pemangkin Ekonomi SeMalaysia (Pemangkin), Muhd Hafizuddin Yusoff sendiri mempunyai pendekatan dan buah fikiran yang agak pelik dalam usahanya membantu generasi muda yang ingin menjana sumber pendapatan yang lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! ‘Engineer masa depan’ teruja berkenalan dengan kereta mewah, siap beramah mesra dengan big boss showroom lagi!

Mana tidaknya! Ahli perniagaan dan usahawan yang lebih dikenali sebagai Sir Hafiz ini berpandangan generasi muda tidak perlu berasa tertekan hanya kerana mahu menggenggam segulung ijazah.

Mengakui ijazah merupakan satu pencapaian dalam diri seseorang, Sir Hafiz berkata ia bagaimanapun tidak boleh dijadikan pengukur gaji atau pendapatan seseorang serta jaminan pekerjaan.

Sir Hafiz ketika menyampaikan ceramah di Seminar Memperkasa Ekonomi Dalam Kalangan Generasi Muda di Kuis, baru-baru ini.

“Saya nak sampaikan mesej, kenapa nak kena pressure kejar ijazah seolah-olah kalau tak dapat ijazah maka tak dapat kerja.

“Tapi jangan salah faham, ia bukan bermaksud tak payah belajar terus. Ijazah adalah satu pencapaian tapi ia bukan penentu pendapatan. Oleh itu saya nak pecahkan benda itu.

“Contoh macam kawan saya, ada yang kelulusannya hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dan tak dapat masuk universiti, pemikirannya seperti 'ohhh gaji aku dekat sini (SPM) je'. Saya nak pecahkan 'benda' tu... itu saya punya objektif. 

“Sebab kalau kita lihat, jutawan dekat Malaysia atau dunia pun, bukan pemegang degree. Tapi Pemangkin bukan tak galakkan orang tak belajar,” katanya.

Dulu saya minat Ferarri. Kita nak tengok Ferarri tapi orang tak bagi tengok, sebab takut calar. Sebab itu saya buka satu showroom, saya nak beri orang yang tak ada duit ni melihat kereta mahal. Sebab dulu saya tak ada peluang itu.

SIR HAFIZ YUSOFF

PRESIDEN PEMANGKIN

Beliau ditemui pada Seminar Memperkasa Ekonomi Dalam Kalangan Generasi Muda anjuran Pemangkin di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) baru-baru ini.

Menurut Sir Hafiz, sebagai pertubuhan yang perperanan sebagai 'orang tengah' membantu belia meraih pendapatan lebih lumayan, Pemangkin menggunakan pendekatan berbeza.

“Objektif Pemangkin untuk bawa budaya yang berbeza daripada orang selagi tak langgar hukum agama dan undang-undang Malaysia.

“Saya segmenkan target market kepada empat golongan belia iaitu penuntut universiti, gamers, belia yang minat motosikal dan belia yang minat muzik," katanya.

Kuis merupakan institusi pertama dipilih sebagai lokasi penganjuran Seminar Memperkasa Ekonomi Dalam Kalangan Generasi Muda.

Tambah Sir Hafiz, apa yang cuba diusahakannnya pada hari ini adalah demi melihat golongan muda agar tidak merasai pengalaman pahit yang pernah dirasainya sebelum ini. 

“Dulu saya minat Ferarri. Kita nak tengok Ferarri tapi orang tak bagi tengok, sebab takut calar. Sebab itu saya buka satu showroom, saya nak beri orang yang tak ada duit ni melihat kereta mahal. Sebab dulu saya tak ada peluang itu. Saya lebih kepada tak mahu orang rasa apa yang pernah saya rasa,” ujarnya lagi.

Dalam program itu, beliau berkongsi pentas bersama panel jemputan, Syamsul Amri atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Sir Hafiz (tengah) berkongsi pentas dengan Ustaz Syamsul Debat (kanan) ketika program di Kuis, baru-baru ini. 

Penceramah popular itu menasihati generasi muda yang ingin menjana pendapatan menerusi bidang perniagaan agar mengikut garis panduan yang ditetapkan hukum agama.

“Kena ada komitmen, kemudian fokus, seterusnya disiplin kena ada. Jika nak kaya dan nak berjaya perlu ikut peraturan. Tak boleh tipu-tipu orang . Akhir sekali kena istiqamah,” ujarnya.

Mengenai program yang dianjurkan, Sir Hafiz berkata Kuis adalah institusi pertama yang dipilih untuk penganjuran seminar berkenaan.

Ujarnya, Pemangkin menyasarkan untuk menganjurkan seminar di lima institusi sebelum Ramadan pada akhir April ini.

ijazah, pendapatan, belia, Pemangkin, Sir Hafiz

Artikel Berkaitan

Artikel Lain