suria

Serangan besar Covid-19 bunuh sistem dalaman manusia

Pemeriksaan ketat kesihatan juga di laksanakan di Milan berikutan wabak Covid-19. Foto EPA

SEJAK wabak koronavirus atau dikenali Covid-19 melanda seluruh dunia, penduduk global mula mengambil pelbagai langkah untuk mencegahnya.

Sehingga kini (3 Mac) jumlah keseluruhan kes adalah 90,306 melibatkan kematian 3,085 nyawa di 70 negara, manakala jumlah kes sembuh sebanyak 45,603 termasuk 22 orang di Malaysia dan 129 lagi masih menunggu keputusan makmal.

Namun negara China yang dilaporkan punca merebaknya Covid-19 ini telah mencatat 80,175 kes dan 2,924 kematian. Beberapa negara lain juga berdepan jumlah kematian yang tinggi termasuk Korea Selatan (22 orang), Itali (52), Iran (66) dan Jepun (6).

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit Covid-19 sembuh, tapi masyarakat jangan terlampau selesa!

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal tunai umrah kerana Covid-19, semua pihak diingat bersangka baik... “Ia kerugian, juga ujian kerana libatkan nyawa!” - Dr Izhar Ariff

Pun begitu, tahukah bagaimana Covid-19 ini menyerang manusia sehingga menyebabkan nyawa melayang.

Dilaporkan, Covid-19 boleh merosakkan buah pinggang dan mengucar kacir imunisasi dalam badan manusia termasuk paru-paru.

Info grafik menunjukkan bagaimana Covid-19 membunuh manusia.

Kematian yang berlaku akibat Covid-19 adalah disebabkan radang paru-paru.

Menurut laporan dailymail.co.uk  virus ini juga melumpuhkan sistem imunisasi badan yang cuba menghalang jangkitan, dan menimbulkan bengkak seterusnya menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.

Sekiranya jangkitan berterusan, ia boleh menyebabkan kerosakan sistem perut, usus, jantung, hati dan buah pinggang, sehingga organ gagal berfungsi.

Pada masa sama, saintis hari ini memberi amaran bahawa Covid-19 boleh menjadi satu penyakit jangkitan yang tidak akan hilang dan menyebabkan ia seperti penyakit bermusim, seperti selsema.

Profesor Mark Fielder, pakar biologi di Universiti Kingston, London berkata, kumpulan saintis kini sedang mengkaji jenis-jenis sel yang diserang virus Covid-19.

Jelasnya, sistem imunisasi badan boleh menjadi teruk disebabkan Covid-19 hingga mengganggu dan merosakkan kesihatan ketika cuba menghentikan virus ini.

Salah seorang pesakit Covid-19 menerima rawatan kecemasan di Wuhan.

"Ia boleh menyerang secara terlampau dan menjadi hyperimmune dan bersedia untuk melakukan serangan besar yang sekaligus merosakkan tisu-tisu dalaman badan," jelasnya.

Malah ia juga boleh merosakan organ-organ dalaman sebaik sahaja virus ini tersebar dalam badan.

Kumpulan pengkaji juga menemui tanda-tanda pesakit Covid-19 mengalami kerosakan buah pinggang, namun ia masih di peringkat kajian.

Wuhan iaitu ibu negeri wilayah Hubei adalah pusat merebaknya Covid-19. 

Covid-19, Imunisasi, Virus

Artikel Lain